PARLIMEN

Pemerintah hargai wanita, galak kemajuan kerjaya

PARLIMEN semalam menyokong usulan menawarkan lebih banyak peluang kepada wanita di tempat kerja, membolehkan mereka memegang peranan kepimpinan dalam kededua sektor sosial dan swasta, dan menawarkan sokongan lebih baik dalam membantu wanita mengimbangi peranan sebagai isteri, ibu dan pekerja.

Seramai 18 Anggota Parlimen (AP) berucap sepanjang dua hari di Parlimen sebelum usulan itu digulung Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin dan Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan