Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Pemerintah harus pastikan cukup tenaga laksana skim sokongan Covid-19: Jawatankuasa Parlimen

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemerintah harus pastikan cukup tenaga laksana skim sokongan Covid-19: Jawatankuasa Parlimen

Semakan berterusan tangani cabaran fiskal, henti skim tidak relevan agar perbelanjaan terus mampan
Aug 25, 2021 | 05:30 AM

SEBUAH Jawatankuasa Parlimen menggalak pemerintah supaya memastikan tenaga kerja dan sumber yang mencukupi disediakan untuk mengendalikan skim-skim sokongan Covid-19 sedang keadaan pandemik ini terus berubah.

Ia juga harus membuat semakan berterusan terhadap skim lebih meluas untuk menangani cabaran fiskal, dan menghentikan skim yang tidak relevan supaya perbelanjaan terus kekal mampan pada masa depan.

Ini merupakan antara usulan utama yang diberikan dalam laporan 93 halaman yang dikeluarkan Jawatankuasa Anggaran semalam.

Jawatankuasa tersebut terdiri daripada lapan Anggota Parlimen (AP) yang ditubuhkan Parlimen untuk menyemak perbelanjaan pemerintah.

Ia dipengerusikan AP GRC West Coast, Encik Ang Wei Neng dan dianggotai tujuh AP Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan seorang AP dari Parti Pekerja (WP), AP GRC Sengkang Profesor Madya Jamus Lim.

Ia juga menggalak pemerintah supaya melantik kementerian untuk menerajui usaha menguruskan beban fiskal penjagaan kesihatan.

Berkaitan Pelan Hijau Singapura 2030, jawatankuasa tersebut mengusulkan supaya Kementerian Kewangan (MOF) bekerjasama dengan kementerian penyelaras untuk mengurangkan pengulangan dan pembaziran dalam melaksanakan gerakan nasional menuju pembangunan yang lebih mampan.

Untuk laporannya, jawatankuasa itu mempertimbangkan Belanjawan tahunan pemerintah bagi 2020 dan 2021, serta lima Belanjawan yang diperkenalkan tahun lalu yang telah memperuntukkan hampir $100 bilion dalam usaha menangani Covid-19.

Ini merupakan laporan pertama oleh jawatankuasa itu sejak ia dilantik oleh Parlimen ke-14, yang telah bermula sejak 24 Ogos tahun lalu.

Laporan terakhir oleh jawatankuasa sebelum itu dikeluarkan pada 14 November 2019.

Encik Ang berkata: "Dengan sejumlah besar dana awam diperuntukkan untuk membantu warga Singapura menangani cabaran pandemik Covid-19, jawatankuasa ini mengutarakan keperluan bagi mekanisme pemantauan yang kukuh, ketelusan serta kebertanggungjawaban untuk skim sokongan yang pelbagai."

Jawatankuasa itu meminta MOF untuk menjelaskan sama ada beberapa golongan yang lebih mudah terjejas telah disasarkan dengan sokongan yang tersedia, dan bagaimana ia mengukur keberkesanan skim-skim tersebut.

Dalam responsnya, MOF berkata ia telah menumpukan lebih $13.8 bilion terhadap langkah-langkah untuk melindungi kesihatan awam dan nyawa; $73.5 bilion untuk pekerja dan perniagaan demi melindungi pendapatan; dan $10 bilion bagi bantuan segera untuk mengukuhkan sokongan sosial.

Selain mekanisme pemantauan sedia ada, MOF juga telah menubuhkan Jawatankuasa Penguatkuasaan Belanjawan Covid-19 antara agensi untuk memantau kemajuan langkah sokongan yang telah diperkenalkan.

Menurut MOF lagi, data awal berkaitan langkah-langkah ini amat menggalakkan dan skim-skim tersebut telah memanfaatkan golongan sasaran serta berjaya memelihara pekerjaan dan mengurangkan kejutan terhadap perniagaan dan keluarga.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3