Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah ingin jadi pengupaya inovasi

Feb 19, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH ingin menjadi pengupaya inovasi, peluang dan pertumbuhan yang proaktif dan peranannya sebagai pengawal tidak harus hanya bersifat defensif, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.



Oleh itu, Panel Pro-Perusahaan (PEP) negara ini memainkan peranan penting memastikan pemerintah sentiasa mengikuti keprihatinan pemimpin perniagaan, usahawan dan inovator.



Sejak ditubuhkan pada 2000, PEP telah menerima lebih 2,000 cadangan dan lebih separuh daripadanya telah menyumbang kepada perubahan langkah kawal selia.



Encik Chan berkata demikian semasa membentang hipotesis bagaimana pemerintah boleh terus memainkan peranannya dengan berjaya di tengah-tengah trend global yang kian berubah.



Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis pelancaran buku Governing In Business: Leading Or Lagging? oleh mantan Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Lim Hwee Hua di Auditorium Yayasan Lee di SIM Management House semalam.



Tambahnya, ketangkasan dalam pengawalan penting.



"Menerusi pengawalan, kami akan terus memastikan perusahaan bersedia merebut peluang baru dalam sektor baru agar kita dapat mengukuhkan kedudukan kita dalam bahagian penting rantai nilai global," ujar beliau.



Namun sekiranya pasaran tidak dapat menyampaikan hasil yang adil, pemerintah akan mengambil langkah campur tangan untuk mengimbangi antara matlamat sosial dengan ekonomi, kata Encik Chan.



Tambahnya, pemerintah juga akan terus mengukuhkan kerjasama antara sektor awam, swasta dan masyarakat.



Budaya kukuh perikatan tiga pihak antara pekerja, perusahaan dan pemerintah merupakan penyumbang penting kepada kejayaan Singapura.



"Untuk mengatasi masalah bertambah yang kita hadapi hari ini, kita perlu menyatukan individu daripada pelbagai latar belakang untuk mencari persamaan antara mereka," ujarnya.



Beliau juga menarik perhatian usaha Singapura untuk terus bereksperimen dengan cara baru mewujudkan kerjasama antara sektor awam dengan swasta, misalnya menerusi Perikatan untuk Bertindak (AfA).



Buku setebal 315 muka surat yang dilancarkan semalam itu antara lain membincangkan pelbagai isu yang dihadapi pemerintah di seluruh dunia kini, sedang mereka menangani gangguan dan perubahan teknologi yang pesat.



Ini termasuk pengawalan teknologi kewangan (fintech), kerjasama dengan sektor swasta dalam bidang kemampanan serta usaha tangani kegagalan pasaran dalam pembangunan infrastruktur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >