Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pemerintah ingin pasaran kompetitif, tak akan kawal harga diesel, petrol

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA tidak akan menimbangkan kawalan terhadap harga minyak diesel dan petrol, walaupun harga bahan api meningkat ekoran harga minyak mentah global lebih tinggi, kata Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan, Cik Low Yen Ling.



"Pendekatan pemerintah ialah memastikan kita mempunyai pasaran runcit bahan api kompetitif," ujarnya.



Beliau menambah bahawa Singapura juga akan menyemak semula pasaran bagi menentukan apakah ada cara lain untuk mengurangkan tekanan ke atas harga minyak.



Menarik perhatian tentang langkah seperti bantuan khusus bagi pekerja tertentu yang sumber pendapatannya bergantung pada memandu dan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) yang boleh mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sikap antipersaingan dalam kalangan peruncit ba-han api, Cik Low berkata:



"Kita akan terus memantau keadaan dan tidak keberatan menyediakan lebih banyak bantuan jika diperlukan."



Menjawab soalan Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang) mengenai tujuan semakan itu dan bagaimana ia akan memastikan harga bahan api adalah cerminan pasaran global yang berdaya saing, Cik Low berkata ia akan meliputi bagaimana perkembangan global serta amalan pengendali runcit bahan api telah menyebabkan trend harga sejauh ini.



CCCS sedang berhubungan dengan pengendali bahan api runcit mengenai data pergerakan harga bahan api bagi menyokong kajian tersebut, dedah beliau.



Encik Wee dan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) memfailkan soalan mengenai cara pemerintah menangani kos bahan api, awal dari ini.



Encik Wee bertanya apakah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan akan mengawal harga minyak diesel dan petrol memandangkan harganya melambung sedang syarikat minyak mengaup kadar keuntungan rekod.



Cik Low menjawab: "Mengawal atau membataskan harga minyak diesel atau petrol akan menjejas pasaran dan memberi manfaat kepada pemilik kereta, khususnya yang menggunakan lebih banyak minyak, yang mungkin termasuk golongan pengguna lebih mewah."



Cik Pereira bertanya apakah pemerintah akan menimbangkan menubuhkan sebuah koperatif bagi membekalkan minyak petrol untuk membantu mengurangkan kos bahan api.



Cik Low menjawab tapak bagi pengendali pam runcit, termasuk koperatif, membekalkan bahan api sudah dikenal pasti dan diperuntukkan menerusi tender kompetitif dari semasa ke semasa.



Namun, mereka tetap tidak mungkin dapat menawarkan harga minyak lebih rendah kecuali mereka dapat menjamin bekalan kos rendah, ujar Cik Low.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >