Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah ingin percepat pembangunan bakat setempat

See Leng: Pemerintah akan terus melabur dalam pekerja tempatan untuk bantu mereka berjaya
Sep 13, 2022 | 05:30 AM



DASAR Singapura untuk menarik bakat sejagat juga bertujuan mempercepatkan pembangunan kumpulan bakat tempatannya, dan pemerintah akan terus melabur dalam pekerja tempatan untuk membantu mereka berjaya, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See leng.



Salah satu keutamaan, tambah Dr Tan, adalah untuk meningkatkan pendedahan sejagat dan serantau bakat tempatan supaya mereka boleh menerajui jawatan kepimpinan dalam firma global.



Dalam kenyataan menteri di Parlimen semalam, Dr Tan berkata Singapura tidak boleh "bermain permainan defensif" berhubung bakat.



"Lebih baik kita menarik dan mengekalkan bakat terbaik, kedua-dua tempatan dan sejagat, lebih tinggi peluang untuk menjamin masa depan ekonomi kita, dan untuk terus dapat menghasilkan pekerjaan baik buat semua rakyat Singapura.



"Sebaliknya, jika kita tidak melakukan ini dengan baik, dan kita menyerahkan daya saing kepada bidang kuasa lain, kita mungkin tidak dapat mengekalkan bakat rakyat Singapura terbaik kita," kata beliau.



Di Parlimen semalam, Dr Tan telah menjawab soalan para Anggota Parlimen (AP) mengenai empat peningkatan khusus yang akan dibuat pada rangka kerja pas pekerjaan Singapura untuk menarik bakat sejagat yang diumumkan bulan lalu.



Ini termasuk memperkenalkan Pas Rangkaian dan Kepakaran Luar Negara baru, dengan pemohon perlu meraih gaji bulanan tetap $30,000 dan ke atas, setanding dengan 5 peratus pemegang Pas Pekerjaan (EP) teratas.



Dr Tan berkata pemerintah telah melakarkan dasar tenaga kerja asing untuk memberi insentif kepada syarikat membangunkan tenaga kerja tempatan yang kukuh.



Contohnya, Rangka Kerja Penilaian Pelengkap (Compass) mengambil kira jumlah karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) tempatan sesebuah firma apabila menilai permohonan EP mereka.



Compass sebuah rangka kerja berdasarkan mata yang menilai pemohon EP berdasarkan set kriteria, seperti gaji pemohon berbanding norma tempatan dan apakah calon akan mempertingkatkan kepelbagaian kewarganegaraan dalam firma.



Dr Tan berkata: "Dan kami akan melengkapi ini dengan pelaburan dalam pekerja tempatan kita, untuk membantu mereka berjaya.



"Rancangan Transformasi Industri (ITM) membentangkan rancangan pertumbuhan bagi 23 sektor dalam ekonomi. Bagi setiap 23 sektor ini, kami telah mengenal pasti pekerjaan dalam permintaan dan membangunkan strategi pekerjaan dan kemahiran untuk membina kumpulan bakat tempatan bagi pekerjaan ini."



Rancangan Transformasi Pekerjaan (JTM) juga telah dilancarkan untuk memberi pandangan di peringkat pekerjaan mengenai kesan teknologi ke atas industri dan tenaga kerja.



Dr Tan berkata syarikat boleh mereka semula dan mempertingkat peranan kerja, dan melengkapi pekerja mereka dengan kemahiran yang diperlukan.



Pemerintah juga mengutamakan pendedahan sejagat dan serantau kepada bakat tempatan.



Memberi contoh, Dr Tan berkongsi kisah rakyat Singapura, Encik Tan Wern-Yuen, yang telah menebarkan sayap di luar negara untuk meraih pengalaman berharga.



Encik Tan memulakan tugas pertama di luar negara sebagai pengarah urusan McDonald's di Taiwan sebelum menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) Walmart China.



Kini, beliau kembali ke Singapura sebagai CEO PepsiCo Asia Pasifik.



Dr Tan berkata lebih ramai rakyat Singapura perlu melakukan perkara yang sama, dan terdapat pelbagai program, seperti Skim Pemimpin Kewangan Asia Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Inisiatif Pembangunan Kepimpinan SkillsFuture, untuk menyokong tujuan itu.



Beliau menambah bahawa pembangunan kepimpinan mesti didorong syarikat tempatan, dan masyarakat perniagaan juga sedang memainkan peranan mereka.



Misalnya, Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) telah menerajui usaha membentuk Perikatan untuk Bertindak (AfA) mengenai Pembangunan Kepimpinan Perniagaan.



Perikatan itu menyatukan perniagaan dan pemimpin tempatan untuk meneliti cara memupuk keadaan sesuai bagi bakat Singapura memperkukuh pendedahan serantau dan menggalas peranan kepimpinan utama dalam perusahaan.



"AfA itu juga akan memanfaatkan pengalaman yang pelbagai daripada perniagaan dan akademik untuk membantu rakyat Singapura memperluaskan rangkaian mereka dan belajar amalan kepimpinan progresif," kata Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >