Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rapat Hari Pekerja PM Lee

Pemerintah ingin persaingan dalam khidmat sewa-privet, pastikan pengguna ada pilihan

May 01, 2018 | 01:00 PM



 





SINGAPURA perlu memastikan bahawa persaingan wujud dalam khidmat sewa-privet dan penumpang masih mempunyai pilihan.



Pemerintah juga ingin memastikan pemandu teksi tidak terikat dengan sebarang khidmat sewa-privet, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, mengulas tentang perjanjian baru-baru ini, antara Uber dan Grab.



Encik Lee berkata demikian semasa menyentuh tentang perubahan yang sedang berlaku dalam tiga industri - pengangkutan, perbankan serta jualan runcit dan logistiks - dalam ucapannya di Rapat Hari Pekerja pada 1 Mei.



Menurut Encik Lee, aplikasi (app) seperti Grab dan Uber telah mengubah industri teksi dengan drastik dalam tempoh tiga empat tahun lalu. Tabiat pengguna juga telah berubah dan syarikat teksi perlu pantas menyesuaikan diri dengan landskap baru ini, dengan sebahagiannya mengadakan perjanjian dengan Grab atau Uber, dan sebahagian lain memperuntuk bagi harga tambang dinamik bagi memikat penumpang.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga sedang menyesuaikan diri dengan landskap baru ini dengan menyemak dan membentu undang-undang baru bagi industri yang terus berubah ini.



Menyentuh tentang perbankan, Encik Lee berkata teknologi telah menambah keselesaan pengguna dan perbankan bergerak, atau yang dilakukan melalui alat mudah alih dijangka kian digunakan pengguna.



Menurut Encik Lee, perbankan bergerak kini beradadalam fasa ketiga dan penggunaannya dijangka ‘meletus’ dengan cara yang besar dalam beberapa tahun mendatang.



Berkenaan sektor runcit dan logistik pula, Encik Lee berkata perdagangan elektronik, atau e-dagang sedang tumbuh pesat dan kian menggantikan kedai fizikal. Perniagaan khidmat penggedungan, atau warehousing, juga kian menggunakan teknologi canggih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >