Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah kaji urus kesan alam sekitar secara pusat

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH sedang mengkaji menguruskan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) secara pusat dan tidak membiarkan pemaju atau agensi individu menguruskan proses ini sendiri, sebahagian usaha memperkukuh rangka kerja proses tersebut.



Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) mengenai langkah yang bakal diambil pemerintah untuk memastikan kesilapan membersihkan kawasan hutan di Kranji tidak akan diulangi.



"Kami sedang mengkaji perkara ini," kata Encik Lee, yang menekankan bahawa kementeriannya akan meneruskan usaha memperkukuh EIA dengan cara berunding rapat dengan masyarakat penggiat alam sekitar dan agensi lain.



Tambah beliau, pemerintah sedang meneroka penggunaan teknologi untuk memperkukuh pengurusan projek.



Usaha memperkukuh EIA mendapat tumpuan baru-baru ini selepas kawasan belantara seluas 4.5 hektar di Kranji dibersihkan secara salah bagi projek pertanian.



Menurut Encik Lee, siasatan dalaman sedang dilaksana bagi mengenal pasti kesilapan dan perkara yang boleh dipelajari dari perkara tersebut.



Memberi kemas kini mengenai peningkatan EIA yang diumumkan pada Oktober lalu, Encik Lee berkata Kementerian Pembangunan Negara (MND) sedang berusaha melaksanakan peningkatan tersebut, termasuk mempertingkat kelasakan kajian sekitaran setempat; memperkukuh usaha penguatkuasaan menerusi pindaan Akta Hidupan; membangun kepakaran setempat berkenaan hal ekologi; dan menerbitkan semua laporan kajian sekitaran bagi kegunaan awam, jika ia tiada pertimbangan keselamatan.



Pemerintah juga telah mengenal pasti beberapa cara memperkukuh proses EIA, termasuk membangun gambaran lebih menyeluruh tentang ekosistem dan keterhubungan ekosistem ini di seluruh negara, untuk menilai dengan lebih baik bagaimana kawasan berbeza terhubung dengan satu sama lain, kata Encik Lee.



"Kami akan berbuat demikian dengan cara yang berasaskan sains, pada skala seluruh pulau dan kami akan melakukan kajian dasar bagi tapak tertentu, untuk memahami profil ekologi dan peranan mereka dalam ekosistem," ujar Encik Lee.



"Anggota masyarakat alam sekitar akan diundang untuk menyertai kami dalam usaha penyelidikan ini. Hasil kajian ini akan menambah kepada data dan model keterhubungan yang telah dikumpulkan NParks saban tahun dan membantu membimbing pemerintah dalam menjalankan rancangan jangka panjang," kata Encik Lee lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >