Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah kekal komited kepada semua penduduk di kawasan jagaan PAP atau pembangkang: PM Lee

Walaupun Sengkang East jatuh ke tangan pembangkang pada 2020, kerja peningkatan pada kelab masyarakat lama Rivervale diteruskan
Jul 30, 2022 | 08:53 PM



PEMERINTAH akan kekal komited kepada penduduk, sama ada mereka tinggal di kawasan undi yang ditadbir Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah atau parti pembangkang, jamin Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong pada Sabtu (30 Julai).



Berucap semasa pembukaan rasmi Kelab Masyarakat (CC) Rivervale di Sengkang, beliau menyatakan bahawa ia sebelumnya terletak di kolong HDB dan “terlalu kecil” untuk jumlah penduduk yang semakin meningkat di sana.



Rancangan pembangunan CC Rivervale ini baru diumumkan pada 2016 untuk menyediakan rangkaian kemudahan yang lebih luas dengan ramai penduduk didekati untuk mendapatkan idea dan cadangan untuk bangunan baru itu.



“Pada masa itu, Sengkang East berada di bawah PAP. Kemudian pada Pilihan Raya Umum 2020, ia pergi kepada pembangkang, GRC Sengkang.



"Tetapi pemerintah tetap komited untuk berkhidmat kepada penduduk di Sengkang ini.



“Jadi kerja pembangunan CC diteruskan, kerana keperluan penduduk kekal – keperluan untuk ruang masyarakat yang le bih besar, untuk rangkaian kemudahan dan program yang lebih luas,” katanya.



Kawasan itu adalah sebahagian daripada SMC Punggol East di bawah veteran PAP yang kini bersara Charles Chong, sebelum ia diserap ke dalam GRC Sengkang berikutan laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya pada 2020, menjelang pilihan raya umum tahun itu.



Barisan empat calon dari Parti Pekerja (WP) Cik He Ting Ru, Encik Louis Chua, Professor Madya Jamus Lim dan Cik Raeesah Khan, meraih 52.12 peratus undi, menewaskan pasukan PAP yang terdiri daripada Menteri Ng Chee Meng, Dr Lam Pin Min, Encik Amrin Amin dan Encik Raymond Lye dalam pilihan raya lalu.



CC Rivervale terletak bersebelahan Rivervale Plaza, merupakan kelab masyarakat pertama di Singapura dibina menggunakan kaedah pembinaan kejuruteraan kayu yang mesra alam.



Bahan itu boleh diperbaharui dan dirangkakan terlebih dahulu untuk mengurangkan kerja yang dilakukan di tapak, selain mengurangkan keperluan untuk penyejukan dan pemanasan tambahan kemudahan, sekali gus menghadkan jejak karbon, menurut kenyataan yang dikeluarkan.



CC itu juga mempunyai muka bangunan kayu moden dan ciri seperti dinding hijau menegak yang bertujuan melengkapkan tempat hijau lain di kawasan itu, seperti Penghubung Taman Sungei Serangoon dan Taman Kejiranan Sengkang.



Ia juga mempunyai ruang kerja bersama yang dipanggil The Cube yang disasarkan kepada golongan muda dan orang dewasa yang bekerja.



Warga emas boleh memanfaatkan inisiatif Gym Tonic, yang menyediakan kemudahan gim mesra warga emas dan program kesihatan yang sesuai dengan kebolehan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >