Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Pemerintah komited perkukuh sokongan bantu penjaga warga emas: Rahayu

May 29, 2021 | 05:30 AM



PENJAGA memainkan peranan penting dalam memberi keupayaan untuk warga emas menua di rumah mereka sendiri, daripada di sebuah institusi.



Sedang penjaga mungkin menghadapi cabaran, lebih-lebih lagi memandangkan penduduk Singapura menua dengan pesat, pemerintah dan masyarakat sedang bekerjasama dan bersedia memperkukuh sokongan bagi mereka menerusi pelbagai langkah dan inisiatif, ujar Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Ini termasuk pembentukan pasukan masyarakat penjaga dan Geran Latihan Penjaga, kata beliau di majlis penyampaian Anugerah Pesakit dan Penjaga Inspirasi Kesihatan Singapura yang diadakan di alam maya kelmarin.



"Kami menyedari peranan penting yang dimainkan penjaga dalam membolehkan warga emas menua di rumah dalam masyarakat.



"Pada masa sama, kami faham cabaran yang dihadapi penjaga, seperti memikul peranan menjaga tanpa disangka, dan menangani keperluan penjagaan rumit bagi orang tersayang mereka," kata Cik Rahayu.



Menurut beliau, menjelang 2030, seorang dalam empat warga Singapura akan berusia 65 tahun dan ke atas. Oleh itu, bagi menyediakan sokongan lebih baik kepada penjaga, Kementerian Kesihatan memperkenal inisiatif sokongan sebagai sebahagian Rancangan Tindakan Sokongan Penjaga dua tahun lalu.



Ini termasuk memperluas khidmat jagaan respit (penjagaan diserah sementara kepada individu atau institusi lain) agar penjaga boleh berehat daripada tugas penjagaan.



Contohnya, jagaan respit diberi kepada penjaga pesakit barah yang menjalani penjagaan paliatif rumah. Penjaga dalam hal ini menghadapi tekanan emosi dan fizikal dalam menyediakan penjagaan pada hujung nyawa orang tersayang mereka.



Pada Januari lalu, program perintis itu diperluas kepada semua pesakit yang menerima penjagaan paliatif di rumah, tidak kira apa diagnosis mereka, supaya dapat menyokong usaha menjaga pesakit di rumah dan membolehkan mereka menghembuskan nafas terakhir di rumah, kata Cik Rahayu.



"Kami juga bekerjasama dengan rakan masyarakat untuk menubuhkan pasukan pendekatan masyarakat penjaga, bagi menyokong dengan lebih baik penjaga yang mempunyai risiko menjadi terlalu letih atau mengalami isu kesihatan mental," katanya.



Menurut beliau, tujuh rangkaian sokongan penjaga juga ditubuhkan di Masyarakat Mesra-Demensia, menyediakan sokongan antara penjaga. Selain itu, penjaga boleh memanfaatkan Geran Latihan Penjaga untuk meraih kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam melaksana tanggungjawab mereka, seperti menjaga warga emas yang mempunyai keperluan berbeza dari segi pergerakan.



Ini semua memperkukuh komitmen Singapura untuk berada di samping penjaga dan pesakit, kata Cik Rahayu, yang memberi jaminan pemerintah akan terus menyemak sokongan untuk memenuhi keperluan penjaga yang berkembang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >