Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah komited sokong aspirasi keluarga miliki rumah

Desmond: Soal perumahan awam perlu cermin nilai negara – utamakan keluarga yang ingin beli flat buat kali pertama, bantu isi rumah berpendapatan rendah
Feb 07, 2023 | 10:30 PM



SEDANG pemerintah kekal komited menyokong aspirasi warga Singapura memiliki rumah mereka sendiri, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, menarik perhatian perlunya untuk terus mendukung nilai cermat dan berdaya tahan.


Encik Lee berkata pemerintah komited untuk terus mempertingkat keupayaan memperoleh dan kemampuan perumahan awam, dan kini sedang giat membina pada skala besar, dengan kini hampir 100 projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO) sedang berjalan di serata negara dengan hampir 80,000 flat sedang dibina.


Tambahnya, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menggiatkan lagi usaha dengan sekitar 150 projek BTO dijangka berlangsung pada masa yang sama menjelang 2025.


Namun sementara beliau menekankan bahawa pemerintah perlu menyediakan

perumahan awam yang kekal dimampui dan dapat diperoleh – bagi generasi ini dan akan datang – Encik Lee berkata sumber yang terhad bagi perumahan awam diperuntuk untuk mencerminkan nilai negara ini dengan mengutamakan keluarga yang ingin membeli flat buat kali pertama serta membantu isi rumah berpendapatan rendah.


“Kita tidak harus memberi subsidi perumahan dengan mengorbankan keperluan lain yang sama pentingnya bagi Singapura.


“Kita tidak harus meningkatkan keupayaan memperoleh dan kemampuan perumahan bagi generasi ini, dengan menjejas generasi akan datang, baik dari segi ruang tanah, sumber fiskal atau rizab yang bertujuan meletakkan mereka dalam kedudukan lebih baik dalam masa suka dan duka. Inilah yang harus dilakukan sebuah pemerintah yang bertanggungjawab,” ujar beliau.


Pada Isnin (6 Feb), Parti Kemajuan Singapura (PSP) menyeru agar dasar perumahan awam Singapura diset semula dan antara lain mencadangkan Skim Perumahan Dimampui dengan kos tanah ditangguh apabila pembeli membeli flat daripada HDB.


Kos itu hanya perlu dibayar apabila flat itu dijual selepas tempoh penginapan minimum (MOP), kata Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada PSP, Encik Leong Mun Wai, semasa membentangkan usul berhubung dasar perumahan awam.


Berucap semasa perbahasan berhubung usul itu dan satu lagi usul berasingan berhubung kemampuan dan keupayaan memperoleh perumahan awam yang dibentangkan Encik Lee, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, berkata sekiranya penghuni flat di bawah skim itu tidak menjual flat mereka, langkah mengecualikan kos tanah seperti yang dicadangkan Encik Leong itu bermakna dana rizab akan berkurangan bagi seluruh tempoh penghuni tinggal di flat tersebut 


“Akibatnya, kita akan melepaskan wang yang kita sepatutnya boleh melabur serta pulangan pelaburan itu di bawah sistem sekarang ini. Ini bermakna Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih (NIRC) yang lebih rendah bagi Belanjawan setiap tahun,” ujarnya.



Dalam ucapannya semasa menggulung perbahasan pada Selasa (7 Feb), Encik Lee berkata pendekatan harga BTO, termasuk pelbagai subsidi dan geran, memastikan agar flat BTO kekal dimampui bagi pembeli yang meraih pendapatan berbeza.


“Dengan pendekatan ini, nisbah harga rumah berbanding pendapatan (HPI) kini adalah kurang 3 selepas mengambil kira geran bagi isi rumah 25 peratus ke bawah.


“Tahun lalu, hampir 90 peratus pembeli flat BTO kali pertama mempunyai nisbah khidmat pinjaman perumahan (MSR) kurang 25 peratus. Ini bukan sahaja satu perangkaan tetapi ini menunjukkan bahawa 90 peratus isi rumah menggunakan kurang 25 peratus daripada pendapatan isi rumah keseluruhan mereka untuk membayar bagi pinjaman mereka dan membiayai pinjaman HDB mereka dengan CPF sepenuhnya,” ujar Encik Lee.


Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, yang turut menyertai perbahasan tersebut, turut mengusulkan pindaan kepada usul yang dibentangkan Encik Lee untuk menyatakan bahawa Parlimen mengesahkan pentingnya memastikan perumahan awam kekal dimampui dan dapat diperoleh sementara melindungi kepentingan generasi warga Singapura sekarang dan akan datang, serta menggesa pemerintah menggiatkan lagi usaha memenuhi kedua-dua matlamat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >