Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah lanjut sokongan bagi pemandu teksi, kereta sewa privet

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 50,000 pemandu akan meraih manfaat apabila pemerintah melanjutkan sokongan bagi pemandu teksi dan kereta sewa privet (PHC) selama tiga bulan mulai bulan depan.



Di bawah Dana Bantuan Pemandu Covid-19 (CDRF) yang dilanjutkan ini, pemandu akan menerima sokongan pemerintah sebanyak $10 sehari selama 60 hari - $300 sebulan bagi setiap kenderaan - bagi dua bulan pertama.



Selanjutnya, wang bantuan akan dikurangkan kepada $5 sehari atau $150 bagi setiap kenderaan pada bulan terakhir.



Lanjutan ini akan menelan belanja tambahan $40 juta, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataannya semalam.



Dana yang dilanjutkan ini merupakan tambahan kepada $188 juta yang diperuntuk pemerintah di bawah fasa pertama CDRF untuk menawarkan bantuan khusus bagi pemandu teksi dan PHC antara Januari dengan Jun tahun ini.



Dari tempoh antara 16 Mei hinggga akhir bulan ini pula, dana lagi $27 juta diperuntuk bagi membantu pemandu teksi dan pemandu PHC dalam tempoh sekatan yang dipertingkat.



Secara keseluruhan, pemerintah memperuntuk $255 juta bagi skim CDRF.



Pemandu tidak perlu membuat permohonan untuk menerima bayaran lanjutan itu.



Pemandu yang kini menerima bayaran CDRF akan terus menerima bayaran lanjutan itu.



Penyewa syarikat teksi utama akan terus menerima bayaran dalam bentuk rebat sewa manakala pemandu PHC akan terus menerima bayaran menerusi 'e-wallet', atau dompet dalam talian.



Pemandu PHC yang menyertai sektor pada atau sebelum 31 Mei akan mendapat pemberitahuan atas kelayakan mereka bagi bayaran lanjutan itu oleh pengendali masing-masing.



Pemandu yang tidak layak bagi CDRF termasuk pemandu teksi sambilan, boleh memohon bagi Geran Pemulihan Covid-19 (CRG) daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sekiranya mereka memenuhi kriteria kelayakan.



Pemandu tidak akan layak bagi CRG jika mereka telah menerima bayaran CDRF.



Dalam pada itu, selain bantuan pemerintah, pengendali teksi juga telah berikrar akan terus menawarkan pengecualian sewa yang dipadankan sekurang-kurangnya $12 juta secara keseluruhan bagi tempoh CDRF yang dilanjutkan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >