Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah mahu terus jadikan S'pura mesra keluarga: DPM Teo

Sep 04, 2017 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri Teo Chee Hean menggesa usaha sama semua pihak demi menjadikan Singapura lebih mesra keluarga.



Pemerintah, menurut beliau, akan terus berusaha menjadikan negara ini tempat yang baik bagi keluarga.



"Kita memerlukan semua orang menjadikan Singapura mesra keluarga dan menggalakkan kekeluargaan dan keibubapaan," ujar Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol.



Beliau berkata demikian semasa ditemui media di acara Pesta Keluarga Saya - Menjadikan Singapura Tempat yang Hebat untuk Keluarga anjuran HeyBaby dan Safra Punggol semalam.



Turut hadir di acara itu ialah dua lagi AP GRC Pasir Ris-Punggol - Menteri Negara Kanan (Pendidikan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Dr Janil Puthucheary dan Cik Sun Xueling.



Dr Janil pula menyentuh tentang sokongan pemerintah kepada keluarga dari segi pendidikan prasekolah.



"Banyak usaha yang dilakukan - perluasan Tadika Kementerian Pendidikan (MOE), Pusat Tahun-Tahun Awal (EYC) yang ditubuhkan serta perluasan tempat penjagaan bayi dan tajaka. Semua ini sebahagian daripada program lebih besar untuk memperkukuh sektor prasekolah," ujar Dr Janil.



Bulan lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan di Rapat Hari Kebangsaan bahawa pemerintah akan menyediakan tambahan 40,000 tempat prasekolah baru dalam tempoh lima tahun akan datang dan membuka lagi 50 tadika MOE dalam tempoh itu.



Ini setelah pemerintah menubuhkan 50,000 tempat jagaan kanak- kanak dan tadika sepanjang lima tahun lalu.



EYC pula akan menawarkan tempat bagi bayi hingga kanak-kanak berusia empat tahun.



Di samping itu, Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) ditubuhkan untuk melatih guru dan penjaga di peringkat pra- sekolah.



Acara di Safra Punggol semalam bertujuan meraikan keluarga dan menggalakkan sokongan masyarakat terhadap keibubapaan.



Ia juga merupakan kemuncak siri kegiatan yang dianjurkan pelbagai rakan masyarakat dan korporat dari 31 Ogos hingga semalam.



Antara kegiatan menarik termasuk pertandingan bayi merangkak yang melibatkan lebih 500 bayi yang bersaing untuk mendapat gelaran 'Bayi Terpantas di Singapura'.



Ibu bapa juga berpeluang menyertai ceramah seperti pemakanan sihat untuk kanak-kanak dan komunikasi antara ibu bapa dan anak.



Cik Sun berkata bahawa pelbagai acara yang dianjurkan itu menunjukkan bahawa keibubapaan aktif bukan sahaja boleh dicapai, bahkan diraikan dan digalakkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >