Pemerintah padankan derma kepada IPC menerusi Dana Masyarakat Bicentennial
Mar 31, 2019 | 05:30 AM
MULAI esok hingga Mac tahun depan, sumbangan derma kepada Institusi Bertaraf Awam (IPC) akan dipadankan dolar ke dolar menerusi Dana Masyarakat Bicentennial bernilai $200 juta.
Demikian diumumkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Cik Grace Fu, semalam, semasa pelancaran program J. Walkers dalam karnival kesihatan di Hospital Besar Ng Teng Fong.