Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Pemerintah pantau kapasiti hospital dengan teliti

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemerintah pantau kapasiti hospital dengan teliti

Sep 24, 2021 | 05:30 AM

MENTERI Kesihatan (MOH) Encik Ong Ye Kung berkata pemerintah sedang memantau kapasiti hospital dengan teliti dan mungkin perlu mengenakan sekatan tambahan jika keadaan Covid-19 bertambah buruk.

Singapura sudah mempunyai banyak langkah pengurusan selamat dan untuk menambahnya ialah "pilihan terakhir", tambahnya dalam wawancara dengan akhbar Lianhe Zaobao.

Walaupun dengan langkah selamat sedia ada, varian Delta terus menular dengan cepat dan kes harian meningkat lebih daripada jangkaan awal, katanya.

Mengulas isu tersebut, Encik Ong berkata:

"Kami merancang satu tempoh persiapan, di mana kami dapat membuka (sempadan) secara beransur sambil menangani mungkin 100 hingga 200 kes sehari. Namun, varian Delta... telah menyerang kami terlebih dahulu.

"Melawan varian Delta benar-benar seperti satu perang… dan ia dapat timbulkan kejutan yang tidak diduga, jadi anda harus dapat menyesuaikan dan mengubah strategi dengan cepat."

Beliau berkata dua faktor yang penting dalam memutuskan jika Singapura telah mencapai peringkat kritikal - jumlah kes serius dan kapasiti hospital.

Pemerintah telah memantau kededua faktor itu untuk memastikan unit jagaan rapi dan sistem penjagaan kesihatan secara umumnya tidak terlalu ramai pesakit.

"Sekiranya ini tidak berjaya, kami akan berterus-terang kepada orang ramai akan keperluan untuk sekatan yang lebih ketat," kata Encik Ong, salah satu dari tiga ketua bersama pasukan petugas kementerian yang mengawasi respons rakyat terhadap Covid-19.

"Keadaan sehingga minggu lalu, masih terkawal. Tetapi keadaan berubah setiap hari," ujarnya yang kemudian berkata orang ramai harus belajar hidup bersama Covid-19.

Dalam peringkat pandemik ini, adalah sia-sia untuk kembali ke fasa sekatan pergerakan, kata Encik Ong, sambil menarik perhatian bilangan jangkitan pasti akan meningkat setelah sekatan dibubar.

"Kita perlu mencari jalan tengah dan semua orang harus menyesuaikan diri dan hidup bersama virus ini dan mencari keseimbangan baru," katanya.

Jumlah kes semakin meningkat setiap hari dan ini merisaukan para penduduk.

Menjawab mengenai isu itu, Encik Ong berkata kementerian akan melakukan sedaya upaya untuk mengumumkan kelompok baru dan akan cuba melakukannya pada awal hari.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3