Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

PARLIMEN

Pemerintah pantau keadaan tenaga, sedia beri sokongan

Mar 12, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH sedang memantau keadaan tenaga di sini dengan teliti dan bersedia melaksanakan langkah sokongan selanjutnya, termasuk melanjutkan Skim Sokongan Kontrak Elektrik Sementara (Trecs), sekiranya ada keperluan.



Skim tersebut sebelum ini dilanjutkan dari Mac hingga Mei 2022.



Dalam jawapannya kepada Anggota Parlimen Yip Hon Weng (SMC Yio Chu Kang) di Parlimen semalam, Menteri Kedua (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Tan See Leng berkata, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) juga telah berunding dengan syarikat yang menjana elektrik (genco) lain untuk menyediakan kontrak harga tetap yang lebih lama pada asas jangka panjang antara enam bulan dengan tiga tahun.



Encik Yip telah bertanya sama ada kementeriannya akan mempertimbang mewajibkan semua genco menyertai Trecs.



Dr Tan berkata bahawa Trecs diperkenal sebagai langkah jangka pendek di mana kontrak sebulan di bawah skim itu menawarkan syarikat dengan fleksibiliti untuk melindung nilai selama sebulan dan mengambil langkah proaktif bagi mendapatkan pelan harga tetap apabila pasaran kembali stabil.



Oleh kerana harganya agak tinggi hari ini, jika mereka mengunci diri mereka untuk jangka panjang, dan jika harga berkurangan selepas itu, maka melangkah ke hadapan, ia akan menjadi sangat sukar bagi mereka untuk mewajarkan peningkatan kos," kata Dr Tan.



Trecs diperkenal pada Januari lalu oleh EMA untuk membantu akaun bukan kediaman yang menggunakan 4 megawatt-jam (MWj) atau lebih mendapat pelan harga tetap daripada genco.



Ini berikutan harga elektrik yang melonjak tahun lalu disebabkan masalah tenaga global, dan enam peruncit elektrik yang keluar dari pasaran serta dua lagi menamatkan beberapa kontrak sebelum waktunya.



Turut mengajukan soalan ialah anggota Parti Pekerja (WP), Encik Gerald Giam (GRC Aljunied), yang bertanya jika kontrak di bawah Trecs telah terlebih dilanggan bagi Mac, dan sama ada pemerintah merancang meningkatkan kapasiti bagi April dan Mei.



Bagi Februari, akaun bukan kediaman boleh memohon kira-kira kapasiti tenaga 600MW setelah EMA menggandakan kapasiti tersebut kerana terlebih langganan.



Encik Giam berkata, bahawa sebuah perniagaan di kawasan undinya gagal mendaftar bagi pelan Trecs walaupun telah memohon sebaik sahaja tingkap kontrak dibuka pada 15 Februari lalu.



Dr Tan berkata EMA sedang memantau kadar pengambilan Trecs secara "ketat" dan menawarkan untuk melihat sebab di sebalik mengapa perniagaan yang disebutkan Encik Giam tidak menerima kontrak tersebut.



Dr Tan menambah bahawa EMA akan memastikan terdapat kapasiti yang mencukupi di bawah Trecs bagi Mac, April dan Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >