Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah pantau kos varsiti pastikan ia terus dimampui

Lawrence Wong: Lebih banyak kurikulum dalam talian tak bermakna kos lebih rendah
Feb 06, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH memantau kos pendidikan tinggi "bak helang" (dengan pengamatan tajam), dan meskipun lebih banyak kurikulum kini dijalankan dalam talian, ia tidak bermakna kos lebih rendah, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong semalam.



Kos tenaga kerja bagi fakulti dan pegawai adalah komponen kos penting bagi semua universiti, termasuk di luar negara. Kakitangan ini diperlukan bagi memastikan semuanya dan menyediakan pengalaman pembelajaran baik bagi pelajar, ujar beliau.



Bercakap pada Forum Pendidikan The Straits Times 2021 berjudul Reimagining Universities, Post-Covid (Pengimejan Semula Universiti, Pasca-Covid), Encik Wong berkata usaha memastikan yuran universiti kekal dimampui terus menjadi keutamaan penting kementeriannya.



"Ada pandangan bahawa, 'Banyak kini dijalankan dalam talian, pastinya ia boleh lebih murah. Betul, jika semua 100 peratus dalam talian, sudah tentu, tetapi itu bukan pendidikan universiti.



"Anda tidak akan mendapat pendidikan universiti hanya secara dalam talian dan mendaftar diri bagi MOOC (kursus dalam talian terbuka besar-besaran) dan melakukannya selama empat tahun.



"Ia perlu dijalankan secara adunan, yang bermakna fakulti masih diperlukan," jelas Encik Wong.



Namun beliau menekankan Kementerian Pendidikan (MOE) akan terus memastikan subsidi mencukupi disediakan bagi pendidikan universiti di Singapura.



Ini dijalankan bagi mengelakkan pelajar mengalami masalah hutang tinggi, yang sering berlaku di negara lain. Melebihi subsidi, terdapat juga pelbagai biasiswa yang dipertingkat MOE baru-baru ini, tambah beliau.



"Kami melakukannya bukan bagi kumpulan berpendapatan rendah sahaja, bahkan biasiswa turut diberi kepada kumpulan pendapatan pertengahan. Dan saya rasa itu satu pendekatan baik, kerana ia memastikan sistem progresif," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >