Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENDAKWAH INDONESIA DILARANG MASUK

Pemerintah pantau situasi di misi luar SG di Indonesia

Anggota keselamatan Indonesia dikerahkan jaga keselamatan dan keamanan: Kenyataan MFA
May 22, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH Singapura sedang memantau dengan teliti keadaan misi luar negaranya di Indonesia, selepas tunjuk perasaan berasingan diadakan di kawasan berdekatan Kedutaan Singapura di Jakarta dan Konsulat-Jeneral Singapura di Medan kelmarin.



Menjawab soalan media mengenai bantahan itu, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam berkata:



"Anggota keselamatan Indonesia telah dikerahkan untuk menjaga keselamatan dan keamanan.



"Bantahan itu diadakan sebagai tindak balas terhadap keengganan membenarkan kemasukan pendakwah Indonesia Abdul Somad Batubara ke Singapura pada 16 Mei 2022."



MFA menyatakan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada 17 Mei lalu telah mengeluarkan kenyataan menyatakan pendirian Singapura mengenai perkara itu.



Kemasukan pelawat ke Singapura bukanlah perkara automatik atau satu hak. Setiap kes dinilai berdasarkan meritnya sendiri.



Pendakwah itu tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar balik ke Batam pada hari sama beliau tiba di sini pada Isnin lalu.



MHA mengatakan langkah itu diambil kerana beliau didapati mengajar ajaran "ekstremis dan pengasingan".



"Somad diketahui menyebarkan ajaran ekstremis dan pengasingan, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.



"Contohnya, Somad berdakwah bahawa pengeboman nekad dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dianggap sebagai operasi 'syahid'.



"Beliau juga membuat komen yang memburuk-burukkan anggota masyarakat agama lain seperti Kristian, dengan menggambarkan salib Kristian sebagai tempat kediaman 'jin kafir (roh/syaitan)'," ujar MHA.



Sementara itu, bantahan di Medan membabitkan 250 penyokong pendakwah itu yang mulanya berkumpul di sebuah masjid utama sebelum berarak ke bangunan pejabat Forum Nine, di mana terletaknya Konsulat Jeneral Singapura.



Bantahan itu dianjurkan sebuah pertubuhan Islam utama di Sumatera Utara.



Somad dilahirkan di Sumatera Utara dan kini menetap di Pekanbaru, ibu kota wilayah jiran kepulauan Riau, di mana dia banyak menghabiskan masanya apabila tidak melakukan perjalanan ke kawasan lain.



Di Jakarta, sekumpulan kira-kira 50 lelaki dan wanita, dengan beberapa orang memegang sepanduk, mengadakan bantahan di depan Kedutaan Singapura.



Antara 50 dengan 100 pegawai polis dikerah menjaga keselamatan.



Sementara itu, zamil pelawat di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) yang juga pakar pengganasan, Dr Noor Huda Ismail, berkata pendirian pendakwah Indonesia, Abdul Somad Batubara, yang mewajarkan kekerasan dan tindakan berbentuk pengganasan seperti pengeboman nekad, di samping komennya yang memperlekehkan agama lain, boleh menyebabkan perselisihan.



Walaupun Abdul Somad bukan seorang pengganas atau penyokong kumpulan pengganas seperti ISIS atau Jemaah Islamiyah (JI), namun pendiriannya yang mewajarkan kekerasan dan tindakan berbentuk pengganasan seperti pengebom nekad perlu ditolak, kata Dr Noor Huda, yang berasal dari Indonesia.



"Pemerintah Singapura memandang serius terhadap keharmonian sosial," ujar Dr Noor Huda.



Beliau menambah: "Pengajaran Abdul Somad yang bersifat pengasingan dan memudaratkan perpaduan sosial dan menjejas ruang bersama tidak dibenarkan sama sekali di Singapura.



"Singapura mempunyai ujian litmusnya sendiri yang perlu dihormati semua pihak."



Abdul Somad juga pernah dilarang masuk negara lain seperti Timor Leste, Hong Kong, Britain dan Belanda.



"Ia merupakan hak prerogatif dan kuasa setiap negara di dunia termasuk Singapura, yang mempunyai kriteria bagi membenarkan pengunjung memasuki negara mereka," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >