Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Pemerintah pergiat bantu pendigitalan penjaja

Apr 14, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN pendigitalan perniagaan adalah mencabar untuk ramai penjaja, mereka yang ditinjau melihat ada keperluan dan manfaat melaksanakan teknologi dalam proses kerja dan memenuhi permintaan pelanggan muda hari ini.



Lantaran itu, usaha sedang dipergiatkan oleh pemerintah untuk membantu penjaja dalam pendigitalan, menurut Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.



Semasa bercakap dalam Seminar Penjaja SG, Dr Khor berkata pihak berkuasa sedang meningkatkan usaha untuk menyokong penjaja menjadi lebih bersedia secara digital dan menyertai wadah tempahan dalam talian.



Satu contoh ialah usaha 18 pusat penjaja yang menubuhkan kumpulan Sokongan Digital untuk Penjaja (DSH) yang menyediakan sokongan untuk rakan penjaja yang kurang bijak digital menyertai dalam talian.



Selain daripada menubuhkan akaun Facebook untuk pusat penjaja, kumpulan itu boleh menolong penjaja merangsang perniagaan dengan menjadi pengantara bagi pembelian secara berkumpulan masyarakat dalam talian atau tempahan berkumpulan.



"Covid-19 telah mengubah sikap pengguna dan mempercepatkan pendigitalan.



"Ramai penjaja kita sudah mula mendakap pendigitalan sebagai cara untuk melengkapi perniagaan mereka," ujar Dr Khor.



Tambahnya kini satu dalam empat penggerai makanan dimasak telah disokong menerusi Skim Sokongan Penghantaran Makanan di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Buat masa ini, sekitar separuh daripada 6,000 penggerai makanan dimasak menyertai khidmat penghantaran makanan dan hampir 70 peratus melaksanakan e-pembayaran.



Sementara itu, membuat penyesuaian dengan mendakap teknologi mungkin lebih mudah bagi penggerai muda seperti Encik Muhammad Roimy Kassim, 29 tahun.



Menurut pemilik gerai Brostern di Pusat Penjaja Ci Yuan itu, mengendalikan gerai di tengah-tengah pandemik pada September 2020 telah membuka matanya dan tiga rakan niaganya lain.



Bagi mengatasi cabaran itu, Encik Roimy bekerjasama dengan beberapa gerai tradisional untuk menawarkan pakej berkumpulan serta media sosial di samping memanfaatkan wadah penghantaran seperti foodpanda.



"Walaupun kami tidak mempunyai sebarang latihan dalam pendigitalan, kami belajar sambil berniaga.



"Memandangkan kami muda, mungkin lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan belajar.



"Saya fikir pada akhirnya cara ini akan menjadi sumber pendapatan utama kami berbanding dengan 'walk-in'," ujar beliau.



Namun Encik Roimy merasakan ramai penjaja berdepan hambatan dalam pendigitalan dan berharap melihat usaha seperti meja bantuan fizikal yang boleh membimbing secara fizikal, khususnya peniaga lanjut usia memanfaatkan khidmat berteknologi.



Justeru usaha yang dilakukan pemerintah bagi menolong penjaja dijangkanya mendapat sambutan positif daripada penjaja yang benar-benar ingin melakukan perubahan dalam perniagaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >