Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Pemerintah peroleh semula $361 juta bayaran lebih JSS dari lebih 4,800 firma

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah memperoleh semula $361 juta daripada 4,862 syarikat yang telah menerima pembayaran berlebihan di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS), kata Menteri Kewangan Lawrence Wong.



Jumlah ini, yang merangkumi tempoh hingga 30 September, membentuk 97.6 peratus daripada wang yang silap dibayar, katanya.



Wang tersebut diperoleh kembali kebanyakannya dengan menolak daripada pembayaran JSS yang selanjutnya kepada syarikat atau pengembalian wang tunai oleh syarikat besar.



Encik Wong berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada soalan Cik Cheryl Chan (GRC East Coast) di Parlimen kelmarin mengenai usaha untuk mendapatkan kembali pembayaran berlebihan itu.



Cik Chan juga bertanya mengenai rancangan bagi wang yang tidak boleh didapatkan kembali.



Dilaporkan pada April lalu bahawa lebih $370 juta di bawah skim sokongan gaji JSS telah dibayar dengan salah tahun lalu setelah pemerintah silap menggunakan tarikh bagi menentukan jumlah yang harus diterima oleh 5,400 syarikat.



Kesalahan yang sama juga mengakibatkan lebih $1.2 juta dibayar dalam pengecualian levi dan rebat pekerja asing kepada 360 syarikat.



Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Kementerian Kewangan, dan Kementerian Tenaga Manusia berkata kesalahan itu disedari pada November lalu ketika Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) menemui kesilapan dalam pemeriksaan prosesnya terhadap JSS.



Kementerian itu berkata waktu itu mereka menjangkakan akan mendapatkan kembali semua bayaran lebihan dalam masa setahun.



Encik Wong berkata dalam jawapannya bahawa pemerintah menjangkakan untuk mendapatkan tambahan $6.8 juta menjelang Mac tahun depan, mewakili 1.8 peratus daripada jumlah keseluruhan.



Ini akan menjadikan jumlah pembayaran lebihan JSS yang dijangka diperoleh kembali meningkat kepada $367.8 juta atau 99.4 peratus.



"Pemerolehan kembali akan dilakukan melalui penggantian pembayaran skim sokongan perusahaan lain di masa depan, seperti skim Insentif Pertumbuhan Pekerjaan dan Skim Kredit Gaji, serta komitmen oleh firma untuk membayar balik jumlah tersebut," katanya.



Skim Insentif Pertumbuhan Pekerjaan menyokong perniagaan untuk menggajikan pekerja setempat dengan memberikan sokongan gaji untuk setiap pengambilan pekerja baru, sementara Skim Kredit Gaji membiayai kenaikan gaji untuk menyokong perniagaan dalam usaha transformasi mereka.



"Untuk baki $2.2 juta, yang merupakan sekitar 0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan, yang hutangnya ditanggung 274 firma, firma tersebut boleh mengembalikan jumlah ini secara tunai melalui pembayaran sekali gus atau pembayaran ansuran.



"Oleh kerana keadaan syarikat berbeza-beza, pemerintah akan menyesuaikan pendekatan pemulihan kami dengan pelbagai jenis keadaan, dan berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin jumlah yang dibayar berlebihan," kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >