Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pemerintah punya 3 langkah lindungi risiko perdagangan sekuriti

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa di sini mempunyai tiga langkah untuk melindungi daripada risiko yang berkaitan dengan perdagangan sekuriti seperti yang dirangsang perbincangan di forum dalam talian dan kumpulan media sosial kebelakangan ini.



Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung yang juga anggota lembaga Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata langkah ini bertujuan memastikan ketelusan pasaran, mengekang pergerakan harga yang besar dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang salah laku dalam pasaran.



Encik Ong berkata tiada tanda yang menunjukkan bahawa perbincangan di forum dalam talian atau kumpulan media sosial telah menyebabkan jumlah perdagangan sekuriti yang tersenarai di Singapura bertambah dengan banyak.



Beliau berkata demikian menyusuli kesan gerakan saham populis WallStreetBets pada sesetengah harga saham Amerika Syarikat bulan lalu.



Pengawal pasaran MAS dan Penguasa Bursa Saham Singapura (SGX RegCo) juga lebih berjaga-jaga terhadap kegiatan sebegitu.



Encik Ong berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Encik Desmond Choo (GRC Tampines) berhubung keprihatinan tentang perdagangan sekuriti yang didorong oleh perbincangan di dalam talian serta langkah perlindungan terhadapnya, yang boleh menjadikan pasaran sekuriti tidak stabil, di Parlimen semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >