Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah, rakan kerja akan dekati 50,000 keluarga flat sewa hulur bantuan

Jun 02, 2020 | 10:31 PM



SATU inisiatif untuk mendekati 50,000 keluarga yang tinggal di flat sewa secara proaktif akan dimulakan bulan ini untuk memastikan tiada siapa yang ketinggalan semasa krisis Covid-19.



Pemerintah dan rakan kerjanya seperti badan amal dan akar umbi akan memulakan usaha besar-besaran membina "jaring keselamatan sosial yang lebih bersepadu dan proaktif", kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee.



Jaringan Masyarakat SG Cares akan antara lain menghantar SMS dengan maklumat berkaitan bantuan yang ada kepada keluarga yang tinggal di flat sewa.



Kakitangan dan sukarelawan akan menelefon atau mengunjungi keluarga-keluarga ini dalam beberapa bulan mendatang untuk mengetahui keadaan mereka dan memperkenalkan mereka kepada bantuan yang ada, kata Encik Lee.



Selain mendekati mereka yang memerlukan, jaringan itu juga akan berusaha untuk meningkatkan kerjasama dan koordinasi kerja yang dilakukan oleh pelbagai kumpulan dalam rangkaian untuk membantu keluarga ini dengan lebih baik.



Sebelum ini, jaringan Masyarakat SG Cares telah menyatukan agensi pemerintah, khidmat sosial, badan agama, akar umbi dan kumpulan lain untuk bekerjasama demi berkhidmat dengan lebih baik bagi keluarga memerlukan.- The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >