Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah sedang kaji trend pekerjaan masa depan di SG

Desmond: Kajian sebahagian Semakan Pelan Jangka Panjang
Jan 15, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR 6,800 responden telah berkongsi idea mereka sedang pemerintah mengkaji masa depan pekerjaan sebagai sebahagian Semakan Pelan Jangka Panjang (LTPR), kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



"Sebagai sebahagian daripada proses ini, pemerintah akan mengkaji trend seperti bekerja dari rumah atau bekerja di luar pejabat, serta bagaimana trend ini boleh membentuk cara tanah dan ruang di sini digunakan.



"Kami juga telah berbincang dengan pemaju berhubung kesan aturan kerja hibrid pada pelan pembangunan dan mengalu-alukan lebih banyak perbincangan berhubung hal ini pada masa akan datang," ujar Encik Lee.



Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis pembukaan rasmi bangunan pejabat Gred A, 79 Robinson Road, di kawasan pusat bandar (CBD) semalam.



Dibina di tapak Bangunan CPF lama, pembangunan pejabat setinggi 29 tingkat itu dimiliki CapitaLand bersama Mitsui & Co serta Tokyo Tatemono Co.



Antara penyewanya termasuk 16 syarikat berbilang negara (MNC) dalam pelbagai sektor seperti Allianz, BOC Aviation, EFG Bank dan Howden Insurance.



Syarikat yang menyewa ruang di bangunan itu juga mempunyai akses kepada Bridge+, wadah masyarakat dan ruang kerja fleksibel CapitaLand setinggi tiga tingkat.



Meja kongsi atau 'hot desk', bilik privet, bilik mesyuarat serta ruang kerjasama ditawarkan untuk disewa di 79 Robinson Road sejak Januari tahun lalu.



Penganjur acara yang kini telah beralih mengadakan acara hibrid juga boleh menggunakan ruang Bridge+ yang menyediakan peralatan penstriman secara langsung.



Dengan aturan kerja hibrid menjadi sebahagian daripada norma baru, Encik Lee berkata pemaju dan pereka harus memikirkan semula bagaimana untuk membina dan membangunkan tempat kerja, termasuk dengan menyediakan lebih banyak ruang untuk bekerjasama.



Bangunan 79 Robinson Road, yang menerima Anugerah Tanda Hijau Platinum Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), direka untuk mencapai jejak karbon yang rendah, sejajar dengan matlamat kemampanan Pelan Hijau Singapura 2030.



Antara ciri bangunan itu termasuk kehijauan di sekitarnya, sistem binaan jimat sumber dan ciri jimat tenaga seperti sistem pemantauan bijak serta muka bangunan yang dapat mengurangkan rasa panas daripada radiasi matahari.



Encik Lee turut menarik perhatian Pelan Induk Bangunan Hijau Singapura (SGBMP) yang merupakan sebahagian Pelan Hijau Singapura, menetapkan sasaran 80-80-80 menjelang 2030.



Sasaran itu bermaksud menghijaukan 80 peratus bangunan Singapura dari segi ruang keluasan lantai kasar (GFA), mempunyai 80 peratus bangunan baru yang sangat rendah tenaga serta peningkatan jimat tenaga sebanyak 80 peratus bagi bangunan yang terbaik berbanding 2005, menjelang 2030.



"(Sasaran) 80-80-80 menjelang 2030 mempermudah banyak butirannya, tetapi saya rasa ia memperjelas bagi semua rakan kerja dalam hubungan tiga pihak ini akan pentingnya sebuah bandar... bersifat mampan bukan sahaja buat kita, tetapi juga bagi generasi akan datang," ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >