Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah sedang usahakan pakej rangsangan kedua: DPM Heng

Susulan keadaan koronavirus kini kian memburuk
Mar 12, 2020 | 05:30 AM



PEMERINTAH sedang berusaha menyediakan pakej bantuan kedua sedang keadaan koronavirus sedunia bertambah teruk sejak Belanjawan dibentangkan bulan lalu, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat semalam.



Seperti Pakej Penstabilan dan Bantuan bernilai $4 bilion yang diumumkan pemerintah semasa Belanjawan pada 18 Februari lalu, bantuan tambahan yang akan ditawarkan itu bertujuan membantu pekerja mengekalkan pekerjaan mereka, kata Encik Heng.



Tambahnya, bantuan yang akan ditawarkan itu juga akan membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) menangani krisis ini selain menolong pekerja yang diberhentikan kerja.



"Keprihatinan utama kita ialah pekerja kerana jika pekerja kita dapat mengekalkan pekerjaan mereka... kehidupan boleh diteruskan seberapa normal yang mungkin," ujarnya.



Encik Heng yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa satu sesi perbincangan meja bundar bagi Belanjawan 2020 yang dianjurkan bersama akhbar The Straits Times dan The Business Times, dengan OCBC Bank sebagai penaja utama.



Panel perbincangan itu turut disertai ketua perbankan komersial global OCBC Linus Goh, pengarah urusan Ademco Security Group Toby Koh dan zamil penyelidikan kanan Institut Pengajian Dasar (IPS) Faizal Yahya, dengan editor bersekutu The Straits Times Vikram Khanna sebagai moderator.



Encik Heng menarik perhatian bahawa ketidakpastian kian meningkat dalam pasaran kewangan sedunia kebelakangan ini, sedang virus itu terus menular ke ekonomi utama dunia termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU).



"Keutamaan kami ialah penularan ini namun pada masa yang sama, kita juga harus meninjau bagaimana membangkitkan semula ekonomi.



"Kita harus terus berjaga-jaga untuk... terus menangani perkembangan ini," katanya.



Encik Heng berkata langkah memberhentikan pekerja apabila timbul tanda masalah akan menghasilkan isu jangka panjang bagi syarikat juga kerana pekerja ini mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang telah dibangunkan selama ini.



Ini bermakna keupayaan syarikat itu akan turut terjejas.



Pada masa yang sama, Encik Heng berkata adalah penting syarikat membolehkan pekerja menyertai industri baru jika mereka mendapati model perniagaan mereka sudah tidak berdaya maju.



Tambahnya, beliau juga sedang bekerjasama dengan pelbagai kementerian untuk meninjau usaha lain yang perlu dijalankan.



Khususnya, Encik Heng berkata pemerintah sedang mempertimbang cara untuk membantu golongan yang bekerja sendiri dan terjejas dek krisis ini, lapor akhbar The Straits Times.



Apabila ditanya sama ada Singapura akan mempertimbang menggunakan simpanan negara yang lalu, Encik Heng berkata beliau tidak mengecualikan pilihan tersebut.



"Simpanan kita telah diketepikan untuk memenuhi keperluan semasa 'hari hujan' dan 'hujan' ini tentunya bukan renyai-renyai," ujarnya.



Namun, beliau menarik perhatian bahawa sekiranya langkah itu diambil, Presiden Halimah Yacob juga perlu bersetuju dengannya.



"Kami perlu membincangkannya dengan cukup teliti, seperti yang dilakukan semasa krisis kewangan sedunia," kata Encik Heng.



Tambahnya, Singapura harus tampil lebih kukuh daripada penularan Covid-19 ini.



"Sekiranya kita dapat menjadi antara yang pertama menjalankan inovasi... kita boleh memberi respons kepada situasi baru ini secara dinamik dan menghasilkan pembaharuan yang akan memenuhi keperluan Singapura dan dunia," ujar Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >