Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah sedia hulur bantuan tambahan jika inflasi tambah buruk

* Tekankan peri penting perdagangan bebas * Prihatin ketegangan hubungan AS-China * Pelihara keharmonian hubungan antara kaum
Aug 17, 2022 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, memberi jaminan bahawa pemerintah bersedia menawarkan lebih banyak bantuan sekiranya inflasi bertambah buruk.



Sebahagian bantuan yang telah diumumkan sebelum ini sedang dilaksana dalam beberapa bulan mendatang dan pemerintah memantau keadaan inflasi dengan teliti, katanya.



Beliau juga menjangkakan inflasi mungkin memuncak menjelang akhir tahun ini sebelum mula reda selepas itu.



Demikian menurut Encik Wong dalam satu wawancara bersama Ketua Editor Bloomberg News, Encik John Micklethwait.



Mengulas keprihatinannya tentang inflasi, Encik Wong berkata:



"Ketidakpastian yang lebih besar ialah sejauh mana keredaannya dan apakah kadar inflasi baru yang stabil. Saya fikir ada kemungkinan ia tidak akan stabil pada kadar yang kita sudah biasa sepanjang dekad yang lalu atau lebih - inflasi sifar, satu peratus. Malah, ia adalah anomali sejarah kerana kadar inflasi tidak pernah begitu rendah.



"Oleh itu, ia mungkin stabil pada kadar yang lebih tinggi, terutamanya dengan mengambil kira sekitaran geopolitik, isu rantaian bekalan yang perlu kita tangani, dan peralihan hijau."



Dalam wawancara itu Encik Wong turut memberi pengamatannya tentang peralihan kepimpinan, isu hubungan antara kaum di sini, perdagangan bebas di dunia dan geopolitik, khususnya kesan ketegangan hubungan Amerika Syarikat dan China.



Mengenai peralihan kepimpinan misalnya, Encik Wong, yang telah dinobat sebagai pengganti Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, ditanya bila tarikh beliau akan mengambil alih jawatan tersebut.



Memberikan respons, beliau berkata keutamaannya buat masa ini adalah untuk mula memikirkan tentang cara mengatur pasukan dan menangani keutamaan dengan segera.



Mengenai hubungan antara kaum, Encik Wong berkata pemerintah prihatin akan peningkatan insiden perkauman, terutamanya pada 2020, ketika Singapura dilanda Covid-19.



"Jika berlaku persengketaan dalaman, kami akan musnah kerana kami bandar yang begitu kecil, dan oleh itu kami tidak mampu mempunyai perpecahan antara kami. Itulah sebabnya kami terus melibatkan kumpulan yang berbeza, cuba memahami kebimbangan..." katanya.



Beralih kepada perdagangan bebas dan trend sebilangan negara memandang ke dalam dan pemisahan daripada sistem pelbagai hala, Encik Wong memberi amaran akan kesannya kepada ekonomi global.



"Jika sistem pelbagai hala dilemahkan, dan negara-negara beralih kepada sistem yang berbeza sama sekali, di mana ia tentang persahabatan, menjalankan perniagaan dengan negara tertentu dan bukan dengan seluruh dunia, saya fikir ekonomi global akan terjejas teruk dan negara termiskin khususnya akan menjadi lebih teruk," kata beliau.



Semasa diwawancara, Encik Wong juga diminta mengulas tentang hubungan kuasa besar AS-China dan pendirian Singapura tentang perkara tersebut.



"Dari sudut pandangan Singapura - kami mahu mewujudkan rangka kerja di Asia Pasifik, khususnya di Asia Tenggara, di mana semua kuasa besar mempunyai kepentingan di rantau ini, kedua-dua AS dan China.



"Kami fikir ia akan menyumbang kepada konfigurasi yang lebih stabil, bulatan persahabatan yang bertindih, di mana semua orang mempunyai kepentingan di sini dan diharapkan ia akan meningkatkan kebergantungan dan membantu menjadikan konfigurasi ini lebih stabil," ujar beliau.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >