Pemerintah sedia hulur pakej bantuan kedua buat peniaga
DPM Heng juga gesa peniaga manfaat sepenuhnya pakej $4b diumum semasa Bajet 2020
Mar 10, 2020 | 05:30 AM
TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata pemerintah bersedia melancarkan pakej kedua bagi membantu peniaga menangani cabaran wabak koronavirus.
Namun, pada masa yang sama, beliau menggesa mereka agar merebut peluang memanfaatkan sepenuhnya pakej bantuan $4 bilion yang sudah ditawarkan Belanjawan tahun ini.