Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah semak bayaran meletak kereta bagi AP

Dec 01, 2018 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah menyemak bayaran meletak kenderaan bagi Anggota Parlimen (AP) semasa mereka bertugas di kawasan undi mereka dan di bangunan Parlimen.



Bermula tahun depan, AP perlu membayar kadar jangka pendek bagi kegunaan tempat meletak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dan mereka perlu membayar secara berasingan jika mereka ingin memohon permit tahunan untuk meletak kenderaan di bangunan Parlimen.



Buat masa ini, AP boleh membayar $365 bagi permit tahunan yang membolehkan mereka meletak kenderaan di tempat meletak kereta HDB dan di bangunan Parlimen semasa bertugas.



Bermula 1 Januari depan, semua AP boleh memohon permit tahunan pada harga $250 untuk meletak kenderaan di bangunan Parlimen sahaja bagi urusan rasmi.



Harga itu termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).



Namun, mereka harus membayar secara berasingan bagi kegunaan tempat meletak kereta HDB menerusi Sistem Letak Kenderaan Elektronik (EPS) atau aplikasi mudah alih Parking.SG.



Bayaran bagi kegunaan tempat meletak kereta HDB itu adalah berdasarkan kadar jangka pendek.



Perubahan kepada permit tahunan itu telah dimaklumkan kepada AP menerusi surat oleh Kerani Parlimen, Cik Ng Sheau Jiuan.



AP perlu memaklumkan Sekretariat Parlimen menjelang 20 Disember ini jika mereka ingin memohon permit tahunan itu.



Isu bayaran meletak kereta bagi AP, penjawat awam dan pemimpin akar umbi ditimbulkan apabila Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan pada Mac lalu ia akan mula mengenakan bayaran bagi guru untuk meletak kereta di sekolah mereka bermula Ogos lalu.



Langkah itu bertujuan menangani dapatan Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) pada 2015, yang menarik perhatian tentang manfaat meletak kereta secara percuma bagi kakitangan di institusi pendidikan yang melanggar dasar perkhidmatan awam membayar gaji bersih tanpa manfaat tersembunyi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >