Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah sokong atlet lebih daripada sekadar beri wang tunai

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN jumlah besar dana diperuntuk bagi menyokong atlet elit, pemerintah bukan memberi sokongan dalam bentuk kewangan sahaja, bahkan dalam aspek lain kehidupan mereka, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, di Parlimen semalam.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Encik Xie Yao Quan (GRC Jurong) dan Cik Poh Li San (GRC Sembawang) mengenai sokongan yang diberi Singapura kepada bakat sukannya.



Encik Tong menggariskan pelbagai skim dan sistem yang telah dilaksana pemerintah untuk menyokong atlet dan budaya sukan di Singapura.



Menurut beliau, sebahagian besar dana yang diperuntuk itu adalah bagi menyokong atlet secara langsung, antara lain menerusi Biasiswa Kecemerlangan Sukan (spexScholarship) yang ditawarkan kepada atlet berpotensi bertanding dalam acara sukan utama.



Jumlah yang diberi adalah pelbagai, dengan atlet utama mendapat beberapa ribu dolar sebulan, ujar Encik Tong.



SpexScholarship telah diberikan kepada 168 atlet, termasuk atlet para sejak 2013. Kini, terdapat 76 atlet daripada pelbagai sukan yang mendapat biasiswa itu.



"Sesetengah daripada mereka memenangi pingat di acara sukan utama dan di peringkat kejohanan dunia.



"Segelintir daripada mereka, seperti Yip Pin Xiu (pemenang pingat emas di acara Sukan Paralimpik) dan Loh Kean Yew (juara badminton dunia), juga tidak asing lagi dengan warga Singapura," kata Encik Tong.



Mengemukakan soalan susulan, Encik Xie bertanya tentang hadiah wang tunai buat atlet, merujuk kepada kemenangan Loh di Kejuaraan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Sepanyol baru-baru ini yang tidak menawarkan hadiah wang tunai.



Encik Tong berkata terpulang pada penganjur setiap pertandingan untuk menawarkan hadiah wang tunai atau tidak



Bagi atlet yang memenangi hadiah wang tunai, pemerintah tidak mengambil sebarang jumlah daripadanya, ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >