Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah sokong transformasi digital industri hartanah: Desmond Lee

May 25, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan terus menyokong transformasi digital industri hartanah, kata Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee.



Ini sedang industri hartanah setempat menyaksikan kemajuan baik di bawah Perancangan Perubahan Industri (ITM) Hartanah, menurut beliau.



Sebagai contoh, lebih 300 perniagaan dalam sektor tersebut meraih manfaat daripada Geran Huraian Produktiviti (PSG) dan Geran Pembangunan Perniagaan (EDG).



Selain itu, contoh kontrak standard bagi urus niaga hartanah yang dibangunkan bersama dengan persatuan industri telah disambut baik, dengan hampir 40,000 dimuat turun sejauh ini pada tahun ini.



Justeru, demi terus menyokong perubahan dalam industri hartanah setempat, Encik Lee berkata:



"Bagi beberapa bulan mendatang, kami akan meneliti dan menyemak kemajuan di bawah ITM Hartanah dan memperbaharui ITM itu menjelang tahun depan, dengan kerjasama industri.



"Sementara itu, Majlis Agensi Hartanah (CEA) telah mengadakan dialog dengan agensi hartanah, termasuk OrangeTee & Tie, dan akan terus berhubungan dengan pemegang saham dalam industri bagi mendapatkan pandangan dan saranan anda."



Dalam ucapannya, Encik Lee melahirkan rasa gembira melihat sektor hartanah membuat perubahan dan menggunakan teknologi untuk menyesuaikan diri dengan cabaran yang timbul akibat pandemik.



Bagi mengurangkan penularan virus dan melindungi masyarakat, sektor itu telah beralih dengan lancar ke kegiatan dalam talian - seperti mengendalikan webinar melibatkan pengguna dalam talian dan pameran hartanah secara maya.



"Dalam kita menangani cabaran segera, kita juga harus teruskan matlamat perubahan jangka panjang.



"Kita sudah melakukan ini selama beberapa tahun lalu.



"Namun Covid-19 telah menunjukkan betapa pentingnya untuk kita mempercepatkan lagi perubahan ini," tekan Encik Lee.



Beliau menarik perhatian bahawa krisis Covid-19 telah menunjukkan bahawa sektor binaan masih lagi bergantung berlebihan terhadap tenaga kerja asing dan perlu mempercepatkan pelaksanaan teknologi baru serta kaedah binaan yang lebih produktif.



Mujur, transformasi dalam sektor itu telah dijalankan dengan pelancaran ITM Binaan pada 2017.



Industri agensi hartanah juga harus mempercepatkan perjalanannya dalam inovasi teknologi dan perubahan, tambah Encik Lee.



Antara usaha inovasi dijalankan Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) ialah pelancaran Portal Flat HDB - wadah sehenti yang boleh dimanfaatkan ejen untuk menyediakan khidmat lebih baik kepada pelanggan.



Tidak lama lagi, HDB akan juga perkenalkan satu wadah digital baru untuk memandu mereka yang membeli flat baru, melalui peringkat pembelian yang berbeza-beza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >