Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah S'pura rancang bantu pekerja Malaysia terjejas dengan kawalan pergerakan, sediakan penginapan sementara

Mar 17, 2020 | 02:51 PM



PEMERINTAH sedang merancang untuk memberi sokongan kewangan kepada syarikat yang segera perlu menempatkan pekerja yang terjejas oleh pengumuman Malaysia untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan dua minggu.



Ia juga akan bekerjasama dengan penyedia asrama dan hotel untuk menyediakan sewa yang lebih rendah.



Malaysia pada hari Isnin berkata perintah kawalan pergerakan akan bermula pada hari Rabu (18 Mac) dan berterusan sehingga 31 Mac.



Dianggarkan lebih 100,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tidak mempunyai penginapan di sini.



Dalam kenyataannya pada hari Selasa (17 Mac), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata syarikat boleh menggalak pekerja yang terjejas untuk tinggal bersama saudara-mara, kawan atau rakan sekerja mereka yang boleh menumpangkan mereka buat sementara waktu.



Pada masa sama ia turut bekerjasama dengan sektor swasta dan awam untuk menyediakan pelbagai pilihan perumahan jangka pendek bagi pekerja tanpa tempat tinggal sementara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >