Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah S'pura sumbang $137,548 bantu mangsa gempa Jawa Barat

Nov 24, 2022 | 05:13 PM



PEMERINTAH Singapura akan menyumbang AS$100,000 ($137,548)  kepada Palang Merah Singapura (SRC) bagi menyokong usaha bantuan bencana dan kemanusiaan di Jawa Barat, Indonesia, berikutan gempa bumi  Isnin lalu.



 Sumbangan itu akan menokok ikrar SRC sebanyak AS$50,000 bagi menyokong keperluan serta-merta mereka yang terjejas oleh gempa bumi itu termasuk makanan, bantuan perubatan, dan tempat perlindungan kecemasan, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Khamis (24 Nov).


Gempa sekuat 5.6 pada skala Richter itu melanda kota Cianjur, sebuah kawasan pergunungan sekitar 75 kilometer di selatan ibu kota Indonesia, Jakarta.


Hingga petang Rabu, sekurang-kurangnya 271 orang dilaporkan terkorban.


 Lebih 58,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat gempa itu, sekitar 1,000 orang cedera dan 151 lagi dilaporkan masih hilang.


Reuters pada Khamis melaporkan pihak berkuasa Indonesia menghadapi kesukaran menyampaikan bantuan kepada ribuan orang yang terjejas oleh gempa bumi itu sedang tanah runtuh ekoran hujan dan sekitaran pergunungan yang mencabar menghalang usaha pasukan penyelamat.


Penyelamat menggunakan penggali tanah dan jentera berat lain untuk membersihkan lumpur dan serpihan untuk mencari mangsa yang hilang.


Beberapa kawasan yang terpisah akibat tanah runtuh hanya boleh diakses dengan helikopter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >