Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah teliti pembukaan pusat hiburan malam

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa sedang meneliti bagaimana mereka boleh membuka semula pusat hiburan malam dengan cara yang lebih selamat, kerana sektor itu berdepan dengan risiko penularan yang lebih tinggi, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Pusat hiburan malam ini termasuk bar, pub, pusat karaoke, disko dan kelab malam.



Di sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam, Encik Wong yang juga Pengerusi bersama MTF berkata:



"Ini merupakan kegiatan dengan risiko penularan yang jauh lebih tinggi dan secara amnya terdapat lebih banyak kesukaran untuk mematuhi langkah pengurusan selamat (SMM) di persekitaran ini, justeru pihak berkuasa masih meneliti penyambungan semula tempat-tempat ini.



"Kami ingin melihat pembukaan semula sektor ini… dan akan mengumumkan rancangan untuk membuka semula sektor ini pada masa akan datang."



Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan memberikan maklumat terkini mengenai pembukaan semula sektor itu dalam beberapa minggu akan datang.



Sektor hiburan malam tidak dapat beroperasi seperti biasa sejak pandemik ini melanda negara disebabkan risiko penularan yang lebih tinggi.



Sepanjang sekatan dikuatkuasakan, banyak perniagaan ini telah beralih beroperasi sebagai tempat makanan dan minuman (F&B) agar dapat terus menjalankan perniagaan mereka.



Selaras dengan langkah meningkatkan had saiz kumpulan - dengan kumpulan sehingga 10 orang yang telah lengkap divaksin akan dibenarkan menjamu selera di kedai makanan dan minuman (F&B) - Encik Wong juga mengumumkan bahawa sekatan semasa ke atas penjualan dan penggunaan alkohol selepas 10.30 malam akan ditarik mulai Selasa depan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >