Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah terap langkah menyeluruh bantu warga tangani inflasi

Ini termasuk langkah MAS ketatkan dasar kewangan serta skim bantuan bagi golongan berpendapatan rendah dan tengah
May 11, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah menerapkan langkah menyeluruh bagi membantu penduduk menangani inflasi dan kekal bersedia untuk melakukan lebih sedang ia memantau perubahan harga pengguna semasa.



Ini dinyatakan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, yang turut memberi jaminan bahawa langkah mengetatkan dasar kewangan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang dilaksanakan sebelum ini sejak Oktober 2021, diramal mengurangkan kesan inflasi sepanjang tempoh 2023.



Encik Tan menyatakan demikian di Parlimen pada Rabu, sebagai jawapan kepada Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio).



Encik Gan bertanya mengenai langkah tambahan yang boleh ditimbangkan pemerintah bagi mengawal Indeks Harga Pengguna (CPI) selepas mengambil kira faktor-faktor yang menyebabkan harga pengguna naik sejak dua tahun lalu.



Encik Tan berkata sejak dua tahun lalu, perangkaan CPI bagi semua barangan di Singapura telah meningkat daripada 2.3 peratus pada 2021 kepada 5.5 peratus dari tahun ke tahun pada Mac 2023.



Kenaikan harga itu adalah disebabkan kos lebih tinggi bagi makanan dan pengangkutan swasta, tambahnya.



Encik Tan berkata langkah memperketat dasar kewangan Singapura sejak 2021 - iaitu dengan mengubah kadar mata wang SGD berdasarkan nilai mata wang negara rakan perdagangan sebagai kaedah utamanya - telah meningkatkan nilai mata wang SGD bagi menentang kenaikan kos barang keperluan penting di sini seperti harga makanan.



MAS pada pertengahan April telah menghentikan langkah mengetatkan dasar kewangan itu dan mengalihkan tumpuan daripada meningkatkan usaha menentang inflasi, kepada mempertahankan ekonomi yang berdepan risiko kelembapan yang lebih mendalam.



Encik Tan berkata: "Kesan langkah mengetatkan dasar itu oleh MAS terdahulu, dijangka akan terus berupaya menentang kesan inflasi sepanjang tempoh tahun ini."



Selain dasar kewangan, pemerintah turut memperkenalkan beberapa inisiatif lain bagi membantu rakyat menangani kesan inflasi.



Antaranya adalah pengagihan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) pada Januari, Bayaran Khas Kos Sara Hidup (COL), bayaran tunai Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSTV) pada Ogos dan Pakej Jaminan pada hujung 2023.



Encik Tan berkata secara purata, bagi golongan berpendapatan rendah serta berpendapatan tengah, skim-skim tersebut akan dapat menanggung perbelanjaan tambahan yang disebabkan kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta kesan inflasi.



Pada masa yang sama, pemerintah akan terus memastikan kos pengangkutan awam kekal berpatutan bagi penduduk.



Sebagai contoh, separuh warga Singapura, termasuk warga emas dan pekerja berpendapatan rendah, menerima manfaat daripada tambang konsesi yang lebih rendah sehingga 70 peratus tambang dewasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >