Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MELAKAR HALA TUJU SINGAPURA

Pemerintah terbuka dengar pandangan dalam lakar hala tuju

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH terbuka kepada pandangan dan saranan mengenai sistem politik dalam inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura dan akan meneliti cara terbaik untuk menimbangkannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Kewangan, menekankan bahawa apa yang penting bukan hanya sebarang perubahan pada peraturan pilihan raya atau perwakilan Parlimen, tetapi dalam memastikan kompak sosial yang kukuh.



Kata Encik Wong, seperti yang dilihat dalam banyak negara yang mempunyai sistem politik yang matang, apabila kompak sosial terhakis, maka politik negara menjadi berpecah belah.



Beliau berkata demikian apabila seorang anggota kesatuan meminta pandangannya mengenai sistem Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) dalam dialog anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) di Pusat NTUC semalam.



Menjelaskan lanjut, Encik Wong berkata meskipun inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura tidak memberikan penekanan khusus kepada perubahan dalam sistem politik, pemerintah bersikap terbuka untuk mendengar pandangan masyarakat.



"Bidang tumpuan bagi kompak sosial (dalam inisiatif) telah saya gariskan... tetapi sudah tentunya, kami akan mendengar pandangan yang berbeza-beza jika ada pandangan yang berkaitan dengan sistem politik, kami akan mendengarnya dan melihat bagaimana cara terbaik untuk mengambil kira pandangan itu," ujar beliau.



Namun apa yang lebih penting ialah bukan hanya perubahan dalam peraturan untuk pilihan raya atau peraturan mengenai perwakilan Parlimen.



Encik Wong memberi contoh beberapa negara demokratik maju yang mempunyai sistem politik sangat matang dan disertai masyarakat, namun apabila kompak sosial mereka terhakis, politik dan masyarakat berpecah belah.



Lantaran itu, Encik Wong berpendapat apa yang lebih mendesak ialah untuk Singapura memastikan ia mempunyai proses untuk meneliti isu-isu sebenar yang dialami masyarakat dan mencari cara untuk menyegar dan memperkukuhkan kompak sosial dalam isu-isu yang telah digariskan.



"Apa yang jelas bagi saya dan pasukan 4G ialah kompak sosial baru kita harus lebih inklusif dan bersifat konsultasi," tambah beliau.



Dalam pada itu, beberapa keprihatinan berhubung dengan perwakilan kesatuan bagi pelbagai segmen pekerja turut ditimbulkan oleh pemimpin kesatuan.



Ini termasuk persoalan jika NTUC dapat mewakili segolongan pekerja yang semakin meningkat, iaitu mereka yang berpangkalan di Singapura tetapi merupakan pekerja yang digajikan oleh syarikat luar negara.



Menjawab, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata ini merupakan satu bidang yang boleh dipertimbangkan pada masa depan.



Namun buat masa ini, NTUC akan memberi perhatian kepada bidang pekerjaan dan sektor yang lebih diutamakan.



Menurut Encik Ng, kesatuan itu kini mewakili 30 peratus daripada bidang pekerjaan atau sektor yang ada di Singapura.



"Masih ada 70 peratus sektor yang kami harus dekati, khususnya pekerja penghantaran dan pekerja bebas.



"Jadi ada senarai keutamaan yang kami haruskan laksanakan dahulu.



"Maka itu, saya fikir adalah perlu untuk kami mengutamakan usaha dalam bidang-bidang yang realistik, yang kami benar-benar dapat menjalankan tugas dan membantu pekerja dengan baik," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >