Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah terima saranan tingkat kerjaya pekerja industri lif

Sep 20, 2018 | 05:30 AM



PEMERINTAH menerima saranan sebuah jawatankuasa tiga pihak yang meninjau sektor lif dan eskalator untuk memberi gaji lebih baik bagi menarik lebih ramai warga Singapura menyertai industri lif.



Antara lain, Jawatankuasa Tiga Pihak Sektor (STC) Lif dan Eskalator (L&E) telah menyarankan gaji lebih tinggi dan laluan kerjaya yang jelas di bawah Model Gaji Progresif (PWM).



Jawatankuasa itu mengusulkan gaji asas sebanyak $1,850 hingga $2,500 bagi jawatan tahap masuk untuk kakitangan penyenggaraan lif, berbanding $1,300 hingga $1,600 sekarang.



Mengulas usul jawatankuasa itu, Menteri Negara (Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata saranan jawatankuasa itu menyediakan satu pelan berguna untuk menarik, membangun dan mengekalkan pekerja setempat dalam industri lif.



"Jika ini dilakukan dengan baik, ini akan bermakna lif akan lebih selamat dan boleh dipercayai bagi kita semua," ujar Encik Zaqy.



Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Tenaga Manusia (MND) berkata pemerintah akan menjadikan PWM mandatori sebagai peraturan pendaftaran bagi firma penyenggaraan lif.



Pelaksanaannya akan dilakukan secara bertahap dalam tempoh tiga tahun untuk memberi industri masa yang secukupnya bagi menyesuaikan diri.



Jawatankuasa Tiga Pihak Sektor (STC) Lif dan Eskalator (L&E) itu dipengerusikan bersama Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Melvin Yong, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kawalan Bangunan dan Pesuruhjaya Bangunan di Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA), Encik Chin Chi Leong.



Ditubuhkan tahun lalu, jawatankuasa itu bertujuan meninjau cara menarik, meningkatkan kemahiran dan mengekalkan pekerja, serta meningkatkan produktiviti dalam industri lif.



Sekarang ini, laluan kerjaya bagi industri itu bermula dengan mekanik sebagai jawatan tahap masuk, diikuti dengan teknisyen dan teknisyen kanan. Kemudian, kakitangan dengan kemahiran lebih baik selalunya mengambil peranan penyelia dengan kurang penglibatan dalam kerja di tapak.



Oleh itu, laluan mendaki tangga kerja dalam industri itu terbatas, kata jawatankuasa itu.



PWM yang disarankan bagi sektor itu menyediakan dua laluan bagi kakitangan penyenggaraan untuk maju.



Laluan penyeliaan akan menawarkan peluang bagi meningkatkan keupayaan pengurusan, manakala laluan pakar pula disediakan bagi mereka yang ingin mendalami kemahiran teknikal.



Buat masa ini, industri itu menghadapi tenaga kerja yang menua, dengan separuh daripada teknisyen lif warga Singapura berusia lebih 50 tahun dan dijangka bersara dalam 10 hingga 15 tahun akan datang.



Pengerusi bersama STC L&E, Encik Yong berkata jawatankuasa itu telah berusaha memahami dengan lebih baik keprihatinan dalam industri itu untuk melakar saranan yang sesuai.



"Sebagai seorang wakil kesatuan, saya berharap melihat pekerja kita meraih manfaat dari segi pembangunan kemahiran dan kemajuan kerjaya dalam syarikat lif, serta pekerjaan dan gaji yang lebih baik," ujarnya.



Dalam pada itu, jawatankuasa itu turut menyarankan industri lif meningkatkan produktiviti termasuk penggunaan teknologi seperti pemantauan dan diagnostik dari jauh untuk menyelaras proses kerja dan mewujudkan pekerjaan yang menambah nilai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >