Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah teruskan projek Negara Bijak

Aug 04, 2018 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan meneruskan projek-projek Negara Bijak dan mengarahkan agar 11 sektor khidmat kritikal menyemak rangkaian hubungan sistem mereka dengan rangkaian luaran.



Langkah itu diambil selepas semakan keselamatan siber dilaksanakan menyusuli butir peribadi seramai 1.5 juta pesakit dicuri dalam serangan siber ke atas SingHealth bulan lalu.



Sebelum ini, pemerintah menghentikan buat sementara waktu pelancaran projek-projek Negara Bijak menyusuli serangan tersebut.



Dalam satu kenyataan bersama Kumpulan Pemerintah Negara Bijak dan Digital serta Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura semalam, kumpulan itu berkata ia sudah selesai menyemak dasar keselamatan siber sektor awam.



Ia juga akan melaksanakan langkah perlindungan tambahan bagi sistem pemerintah yang penting untuk mengukuhkan keupayaan mengenalpasti dan memberi respons dengan pantas terhadap ancaman keselamatan siber.



CSA mengarahkan 11 sektor penting termasuk penjagaan kesihatan, perbekalan, perbankan dan telekomunikasi untuk meningkatkan pendekatan keselamatan mereka.



Antara langkah dilaksanakan termasuk mengasingkan semua jaringan hubungan terhadap rangkaian luar atau pengasingan pelungsuran Internet.



Jika terdapat sebab operasi atau perniagaan yang kukuh bagi mengekalkan hubungan Internet itu, ia harus dilaksanakan dengan memasang gerbang Internet sehala bagi menghalang kebocoran data.



Gerbang sehala itu merupakan sebuah rangkaian atau alat yang membenarkan maklumat disebarkan hanya satu hala bagi memastikan keselamatan maklumat.



Jika hubungan dua hala dengan rangkaian luaran perlu, CSA menambah bahawa sebuah gerbang maklumat selamat telah dilaksanakan.



Gerbang itu membenarkan semua data diubah menjadi kod agar akses tidak diinginkan dapat dihalang demi memastikan tahap keselamatan tertinggi.



Sistem pemerintah telah melaksanakan beberapa langkah penting termasuk memotong akses Internet dalam sistem kerja sejak tiga tahun lalu bagi menghalang hubungan luaran dalam rangkaian tidak selamat.



"Sedang pemerintah terus menyemak dan meningkatkan langkah keselamatan bagi melindungi ancaman baru dan mengukuhkan prasarananya, ia tidak mungkin dapat menghapuskan semua risiko serangan keselamatan siber,'' ujar kenyataan itu.



Kedua-dua agensi itu berkata, kejadian serangan siber bulan lalu tidak harus menghambat langkah Singapura membangunkan Negara Bijak.



"Kita harus meneruskan usaha dan memanfaatkan potensi digital sedang kita terus membangunkan kepakaran siber agar dapat melakukannya dengan yakin,'' ujar kenyataan bersama itu.



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >