Pemerintah tiada rancangan larang alat mobiliti digunakan di kaki lima
Pin Min: Peraturan di negara dan bandar lain dikaji; usaha diperlukan untuk penggunaan yang selamat, bertanggungjawab
May 08, 2019 | 05:30 AM
SINGAPURA tidak mempunyai rancangan untuk melarang penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) di laluan pejalan kaki di sini, namun pemerintah akan terus mengkaji peraturan di negara dan bandar lain.
Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Dr Lam Pin Min, semalam.