Pemerintah tidak akan benarkan sistemnya kendur: Heng Swee Keat

MENTERI Kewangan Heng Swee Keat berkata pemerintah tidak akan membenarkan sistemnya kendur dan memastikan pemimpinnya melakukan apa yang perlu untuk memastikan ia menjadi betul.

Encik Heng, pemimpin generasi keempat Parti Tindakan Rakyat (PAP), menyatakan demikian sebagai respons kepada sebuah komentar oleh akhbar Cina, Lianhe Zaobao, pada 1 Februari lalu.

Dalam komentar itu, laporan itu menukil sikap sambil lewa sebagai satu sebab berlakunya beberapa kejadian seperti kematian dalam latihan Perkhidmatan Negara (NS), serangan siber SingHealth dan kebocoran data HIV.

Ia menyeru agar pemerintah meneliti sebab mendalam kejadian itu berlaku, mengelakkan kegagalan sistemik dan mengembalikan keyakinan awam.

“Kami tidak gentar untuk meneliti diri kami setiap kali berlakunya kegagalan, dan melakukan apa jua yang perlu untuk menjadikan ia betul.

“Tetapi, saya menolak saranan oleh beberapa kepimpinan politik bahawa kita membenarkan sistem secara keseluruhan menjadi kendur. Apa yang lebih buruk, kita tidak tegar dengan diri kira dan perkhidmatan awam, serta gagal menyebabkan orang-orang kanan bertanggungjawab apabila keadaan menjadi buruk,’’ jelas Encik Heng, dalam komentar yang diterbitkan dalam akhbar The Straits Times (ST) dan Lianhe Zaobao hari ini (9 Feb).

Beliau menambah setiap generasi menghadapi cabaran mereka tersendiri dan kejadian yang serius.

Tetapi setiap kali ia berlaku, pemimpin perintis negara ini mendapat pengajaran dari kejadian itu dan mengambil langkah supaya perkara itu menjadi betul.

Usaha kolektif itu membantu Singapura menikmati tahap pembangunan yang tinggi, ujar Encik Heng.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.