PERBELANJAAN penjagaan kesihatan yang lebih tinggi boleh dijangkakan di Singapura di masa depan, selaras dengan perbelanjaan sosial dan prasarana yang meningkat dalam masyarakat yang pesat menua.
Namun pandangan bahawa perbelanjaan penjagaan kesihatan perlu ditampung semata-mata oleh pemerintah untuk kumpulan yang mampu membiayai kos jagaan kesihatan sendiri mengundang masalah, kata pemerhati.