Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Pemerintah tikai kenyataan WP di media sosial mengenai GST

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PARLIMEN

Pemerintah tikai kenyataan WP di media sosial mengenai GST

Apr 06, 2021 | 05:30 AM

SATU pos media sosial yang dimuatnaik Parti Pekerja (WP) baru-baru ini yang menyarankan bahawa tiada keperluan untuk naikkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ada lebihan wang tunai pemerintah, adalah tidak tepat dan mengelirukan, tegas Menteri Kedua Kewangan Cik Indranee Rajah, semalam.

Kebanyakan lebihan wang tunai pemerintah datang daripada hasil penjualan tanah, kata beliau kepada Dewan.

"Hasil wang tunai sedemikian tidak menghasilkan pendapatan tambahan bagi pemerintah dan oleh itu, bukan sebab kukuh untuk menangguhkan kenaikan GST," ujarnya.

Beliau menambah hasil penjualan tanah, bukan dianggap sebagai sebahagian pendapatan pemerintah dan tidak boleh digunakan secara langsung untuk perbelanjaan.

Sebaliknya, hasil itu dilabur dan sebahagian daripada pendapatan pelaburan digunakan untuk menyokong keperluan perbelanjaan rakyat Singapura menerusi Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih (NIRC), yang merupakan satu-satunya sumber pendapatan terbesar pemerintah yang menyokong sekitar satu perlima keperluan perbelanjaan.

Cik Indranee merujuk kepada pos Facebook WP pada 19 Mac yang menyatakan bahawa perangkaan defisit yang dilaporkan pemerintah tidak mengambil kira "lebihan wang tunai ketara" yang telah diraihnya.

Pos itu menambah "defisit yang dilaporkan" bagi 2021 adalah $11 bilion tetapi "defisit sebenarnya" - berdasarkan "jangkaan resit dan perbelanjaan" adalah $3.5 bilion.

Kenaikan GST dijangka dilaksanakan antara tahun depan dengan 2025 tetapi akan berlaku lebih awal dan bergantung pada keadaan ekonomi, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, Februari lalu .

Cik Indranee menambah bahawa pos WP itu "sebenarnya menyatakan bahawa pemerintah tidak menetapkan kedudukan fiskal yang betul."

"Pemerintah telah menetapkan kedudukan fiskal yang betul. Kami menjangkakan defisit $11 bilion tahun ini dan telahpun menjelaskan mengapa."

Pemerintah juga menurut Cik Indranee akur bahawa isi rumah berpendapatan rendah dan pertengahan akan terjejas oleh kenaikan GST, dan kerana itu pemerintah telah memperuntukkan Pakej Jaminan GST $6 bilion untuk membantu majoriti rakyat Singapura selama lima tahun dan bagi yang berpendapatan rendah selama 10 tahun, katanya lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3