Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah timbang ganti kereta api lama SMRT dengan yang baru

Aug 11, 2016 | 10:04 AM



PIHAK berkuasa sedang mengkaji apakah kereta api MRT lama harus digantikan daripada diubah suai, seperti yang dirancang pada asalnya.



Persoalan ini sedang difikirkan sedang pemerintah bersiap untuk mengambil alih pemilikan semua kereta api daripada SMRT dan meneliti apa yang perlu dilakukan pada kereta api lama.



Pada 2014, Singapore Rail Engineering, bahagian perkhidmatan kejuruteraan SMRT, menandatangani perjanjian dengan syarikat Toshiba Jepun untuk menggantikan motor 66 kereta api tertuanya. Toshiba selesai berbuat demikian bagi sebuah kereta api baru-baru ini.



Bagaimanapun sekarang, dengan SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bersetuju beralih kepada rangka kerja pembiayaan baru bagi kereta api - di mana pemerintah mengambil alih pemilikan semua aset operasi, termasuk kereta api - kerja pengubahsuaian telah ditunda.



Jurucakap LTA berkata di bawah rangka kerja baru, pihak berkuasa juga bertanggungjawab bagi pembesaran, penggantian dan baik pulih aset operasi kereta api, lapor akhbar The Straits Times.



"Oleh itu, LTA sedang mengkaji apa tindakan terbaik untuk kereta api lama - sama ada membaik pulihnya atau menggantikannya dengan kereta api baru, untuk mencapai keseimbangan baik antara keberkesanan kos, kebolehpercayaan kereta api dan ketersediaan kereta api," katanya.



Pada taklimat hasil kewangan suku pertama SMRT pada Isnin (8 Ogos), ketua pegawai kewangan Manfred Seah berkata Singapore Rail Engineering mengalami kerugian operasi $2.7 juta.



Ini "disebabkan terutamanya oleh peruntukan Singapore Rail Engineering bagi kos berkaitan penggantungan kerja pengubahsuaian akhir hayat kereta api sementara menunggu keputusan oleh pihak berkuasa".



Difahamkan kerugian SMRT timbul kerana ia telah pun menempah bahagian-bahagian bagi pengubahsuaian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >