Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah timbang guna AI sekat laman web penipuan lebih pantas: Josephine

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



AGENSI pemerintah sedang mengkaji penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan dan menyekat laman web penipuan dengan cepat melalui rangkaian telekomunikasi, bagi melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan.



Dalam usaha ini, Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) akan melancarkan saluran WhatsApp menjelang suku ketiga tahun ini bagi mendapatkan maklumat tentang laman web penipuan daripada orang ramai.



Ini menyusuli penipuan pancingan data SMS yang menyasarkan pelanggan OCBC Bank baru-baru ini.



Mengumumkan langkah baru itu di Parlimen semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata salah satu pendekatan awal, atau upstream, pemerintah dalam memerangi penipuan ialah mengganggu keupayaan penipu menghubungi mangsa menerusi infrastruktur komunikasi seperti rangkaian telco.



Justeru, adalah penting untuk menyekat laman web penipuan kerana ia membolehkan penipuan "diproses dengan skala dan kelajuan lebih besar" berbanding menerusi panggilan telefon atau SMS.



Cik Teo, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber, menyampaikan satu daripada tiga kenyataan menteri yang menerangkan pendekatan pemerintah untuk memerangi penipuan, bagi menjawab 39 soalan yang difailkan berkaitan topik itu.



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan polis sedang bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan Internet untuk menyekat laman penipuan, sekali gus membantu melindungi ramai rakyat Singapura daripada menjadi mangsa.



Laman palsu ini memainkan peranan besar dalam penipuan menyebabkan 790 pelanggan OCBC kerugian $13.7 juta dari Disember hingga bulan lalu.



Cik Teo berkata dalam kes OCBC, lebih 350 laman penipuan disekat, dengan sekitar 52 tapak disekat dalam masa sehari ketika kes ini berada di puncaknya. Bagaimanapun, beliau menambah bahawa penipu pantas mencipta laman baru.



Pendekatan baru ini, ia boleh membantu pemerintah mengukuhkan keupayaannya menangani laman penipuan dan pada masa sama menjadi lebih responsif.



Selain menyekat laman penipuan untuk mengganggu rancangan penipu, Cik Teo berkata satu lagi langkah penting ialah menyekat panggilan yang disyaki dibuat oleh penipu, kebanyakannya dari luar negara. Menurutnya, syarikat telekomunikasi di sini merancang membina keupayaan analisis tambahan bagi menyekat lebih banyak panggilan sebegitu.



Ia langkah tambahan kepada langkah sedia ada. Sejak April 2020, syarikat telekomunikasi menambahkan awalan '+' bagi membantu orang ramai mengenali panggilan mencurigakan dan palsu dari luar negara.



Cik Teo juga berkata pemerintah sedang menimbangkan mewajibkan semua pengguna nama penghantar SMS mendaftar di daftar antiperdaya nasional. Pendaftaran itu, yang dikenali sebagai Pendaftaran Perlindungan SenderID, membolehkan pertubuhan menghalang mesej penipuan dihantar ke telefon bimbit pengguna.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah memutuskan semua bank utama perlu mendaftarkan nama penghantar SMS yang mereka gunakan bagi tujuan komunikasi dengan pelanggan mereka. Langkah serupa turut diambil pemerintah yang telah mendaftarkan semua agensinya.



Namun, Cik Teo berkata langkah ini mengambil masa untuk dilaksana dan ada kos yang perlu ditanggung perniagaan.



"Memandangkan implikasinya, IMDA akan mengkaji perkara ini dengan teliti sebelum memutuskan apakah harus mewajibkan pendaftaran semua ID angka abjad atau tidak," kata Cik Teo.



"Pada masa sama, organisasi harus memikirkan semula cara mereka menggunakan SMS untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >