SOKONGAN BAGI SME
Pemerintah tingkat bantuan kepada SME untuk menyerantau
Feb 24, 2015 | 05:30 AM
SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) yang ingin berinovasi atau merantau ke luar negara boleh menjangkakan proses lebih mudah apabila mereka bermohon Geran bagi Pembangunan Keupayaan (CDG).
Ini terutamanya bagi projek-projek di bawah taksiran $30,000 dengan pemerintah akan mempertingkatkan lagi dana sokongan sehingga 70 peratus kos bagi tiga tahun lagi sehingga Mac 2018.