Pemerintah umum pelan bertindak baru sokong pemberi jagaan
Antara lain geran baru tampung kos jagaan jangka panjang individu kurang upaya diperkenalkan
Feb 14, 2019 | 05:30 AM
SATU geran baru yang akan membantu menampung kos jagaan jangka panjang individu kurang upaya akan diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.
Geran Penjagaan di Rumah (HCG) itu akan menggantikan Geran Pekerja Domestik Asing (FDW) yang ada sekarang, dengan sebanyak $200 disediakan setiap bulan.