Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pemerintah umum pelan kemampanan negara untuk tempoh 10 tahun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemerintah umum pelan kemampanan negara untuk tempoh 10 tahun

Feb 10, 2021 | 07:46 PM

SUASANA kehidupan di Singapura akan kelihatan lebih menghijau menjelang 2030 dengan inisiatif kemapanan bagi mengubah cara masyarakat bekerja, belajar dan bermain.

Pelan Hijau Singapura 2030 yang dibentangkan lima kementerian pada Rabu (10 Februari) akan membantu melakar laluan Singapura ke arah masa depan lebih berkesinambungan dalam tempoh dekad mendatang.

Rancangan meluas yang merentasi semua sektor masyarakat ini merangkumi pembangunan prasarana, kajian dan inovasi, kepada program latihan.

Matlamat pelan ini adalah menyatukan seisi negara sedang ia berusaha beralih ke arah masa depan lebih berkesinambungan sejajar dengan momentum sejagat bagi negara "membangun semula secara lebih baik" setelah pulih daripada kesulitan ekonomi Covid-19.

Lima kementerian yang menyokong pelan ini adalah Kementerian Pendidikan, Pembangunan Negara, Kemampanan dan Sekitaran, Perdagangan dan Perusahaan serta Pengangkutan.

"Pelan menyeluruh ini akan memperkukuh ekonomi, iklim dan daya tahan sumber, memperbaiki sekitaran hidup warga Singapura dan membawa peluang perniagaan dan pekerjaan baru," kata lima kementerian itu dalam satu kenyataan bersama.

"Ia akan mempengaruhi semua aspek kehidupan kita, dari cara kita hidup kepada bagaimana kita bekerja dan bermain, sedang kita bekerjasama sebagai sebuah negara dalam menjadikan Singapura kediaman lebih menghijau dan sesuai didiami," tambah kenyataan itu.

Terdapat lima tunggak pelan ini - Kota dalam Alam Semula Jadi, Kehidupan Dengan Kesinambungan, Set Semula Tenaga, Ekonomi Hijau dan Masa Depan Berdaya Tahan.

Di bawah Pelan Hijau ini, sekurang-kurangnya 20 peratus sekolah di sini akan mencapai kedudukan neutral karbon menjelang 2030.

Orang dewasa juga akan bekerja di bangunan hijau memandangkan sudah wujud rancangan mempertingkat mutu kemampanan bangunan pada waktu itu.

Ini melibatkan menyemak semula skim Tanda Hijau yang mengesahkan bangunan sebagai endah alam sekitar dan menyokong pembangunan teknologi yang berkesan secara kos dan menggalak keberkesanan tenaga.

Orang ramai akan digalak melalui perjalanan dari satu tempat ke tempat lain dengan langkah menghijau - laluan berbasikal akan ditambah tiga kali ganda dari segi ukurannya dengan rangkaian rel juga diperluas sebanyak 360 kilometer, bertambah daripada laluan sepanjang 230 kilometer hari ini.

Kesemua prasarana ini akan dibina dalam kota menghijau sedang lebih banyak inisiatif dibentangkan bagi membantu alam sekitar menjadi sebahagian nadi masyarakat.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3