Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah umum perincian, reka bentuk pingat khas Covid-19

Dec 21, 2022 | 05:30 AM



PERINCIAN mengenai anugerah khas negara yang baru telah diumumkan termasuk reka bentuknya.



Anugerah itu akan diberikan sebagai usaha untuk mengiktiraf pengorbanan dan semangat awam yang terlibat secara langsung dalam usaha negara memerangi Covid-19.



Sijil dan Pingat Ketahanan Covid-19 pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada Ogos lalu.



Sijil itu boleh diberikan kepada pasukan yang secara kolektif menyumbang kepada perjuangan Singapura menentang wabak itu, manakala pingat akan diberikan kepada individu.



Reka bentuk anugerah itu telah disiarkan buat pertama kali dalam Warta Pemerintah kelmarin.



Pingat itu dibentuk dengan cakera perak yang dikelilingi oleh lapan anak panah yang mengarah ke tengah.



Bahagian hadapannya tertera bulan sabit dan lima bintang, dengan perkataan 'Covid-19' dan 'Pingat Ketahanan', manakala bahagian belakangnya mempunyai lambang negara yang dikelilingi dengan perkataan 'SG United' dan 'Stronger Together'.



Mereka yang memberi sumbangan luar biasa akan menerima anugerah negara yang sedia ada seperti Pingat Kepujian, Pingat Perkhidmatan Awam dan Pingat Pentadbiran Awam.



Ini akan diubah suai dengan perkataan 'Covid-19' yang ditambahkan pada reka bentuknya.



Semua pingat yang dianugerahkan untuk sumbangan Covid-19 akan diletakkan pada reben yang mempunyai garis merah tipis di tengahnya, diapit pada setiap sisi oleh jalur putih, biru muda dan biru gelap.



Dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan, Encik Lee secara berseloroh mencadangkan supaya ia mempunyai dua garisan merah pada reben itu untuk mewakili garisan dalam keputusan ujian pantas antigen.



Beliau juga menyatakan ramai yang terlibat dalam memerangi Covid-19 telah menjalankan kerja melebihi tugasan mereka, termasuk pekerja penjagaan kesihatan, pegawai awam, pertubuhan bukan di bawah pemerintah dan pelbagai individu dari semua lapisan masyarakat.



Beliau memberi penghormatan kepada individu yang telah bekerja keras, seperti Encik Muhammad Razali Puasa, yang telah mengambil inisiatif untuk melindungi jiran tetangganya dengan membersihkan sendiri taman permainan dan tempat interaksi umum di bloknya, seperti kerusi dan meja di kolong blok.



Beliau juga memberi penghormatan kepada Dr Norhisham Main dari Hospital Besar Ng Teng Fong, yang sentiasa berinteraksi dengan masyarakat untuk menjelaskan situasi Covid-19 dan menghilangkan ketakutan dan kebimbangan mereka mengenai virus itu.



Encik Lee berkata penerima anugerah akan diumumkan pada penghujung tahun, dengan majlis anugerah diadakan pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >