Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pemerintah yakin institusi media akan kekal berwibawa di bawah entiti baru

May 11, 2021 | 05:30 AM



HUBUNGAN antara pemerintah dengan bilik berita tidak seharusnya terjejas walaupun sedang Singapore Press Holdings (SPH) Ltd menyusun semula perniagaan medianya menjadi sebuah model yang boleh menerima pembiayaan pemerintah, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.



Dalam Kenyataan Menteri yang disampaikannya semalam, beliau berkata pemerintah tidak berniat atau menjangkakan langkah memindahkan perniagaan media syarikat itu ke sebuah syarikat berhad dengan jaminan (CLG) menjejas hubungan antara kementeriannya dengan bilik berita SPH.



"Pemerintah akur media berita setempat harus kekal sebagai institusi berwibawa yang boleh dipercayai oleh warga Singapura dan adalah terus menjadi tanggungjawab editor dan wartawan SPH Media untuk melaporkan berita dan pandangan yang berbeza secara objektif, serta daripada sudut pandangan warga Singapura," ujarnya.



Pengumuman SPH minggu lalu untuk menyusun semula perniagaannya menjadi sebuah entiti bukan keuntungan yang boleh mendapat pembiayaan daripada sumber awam dan privet menimbulkan kebimbangan dan tanda tanya tentang sama ada kewibawaan akhbar SPH akan terjejas.



Namun, Encik Iswaran menarik perhatian bahawa dalam rangka kerja Akta Suratkhabar dan Mesin Cetak (NPPA), media setempat beroperasi secara bebas.



"Pemerintah dan media tidak mempunyai persetujuan dalam setiap isu dan kejadian, namun itu sememangnya dijangkakan.



"Begitulah SPH dan Mediacorp beroperasi hingga kini dan begitulah pemerintah jangkakan CLG itu terus beroperasi selepas penyusunan semula yang diusul itu," ujarnya.



Encik Darryl David (GRC Ang Mo Kio) bertanya apakah penunjuk prestasi utama (KPI) yang dijangkakan pemerintah daripada CLG itu serta langkah yang boleh diambil untuk mengimbangi antara kebertanggungjawapan dengan memastikan pembiayaan pemerintah itu tidak mempengaruhi cara CLG tersebut beroperasi.



Encik Iswaran berkata pemerintah akan membiayai CLG itu dengan disiplin kewangan dan kebertanggungjawapan.



Oleh itu jika pembiayaan diberi untuk membina keupayaan misalnya, ia harus digunakan bagi tujuan tersebut.



"Apabila kami bercakap tentang pertubuhan berita profesional dan bermutu tinggi yang boleh dipercayai, kami mengukurnya daripada cara warga memberi respons kepadanya dan jumlah perhatian yang diberi," ujar Encik Iswaran.



Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, turut bertanya apakah struktur yang akan diadakan untuk memastikan CLG SPH bebas daripada campur tangan pemerintah untuk memupuk budaya kebebasan editorial.



Bagaimanapun, Encik Iswaran berkata budaya kebebasan editorial sudah pun wujud di Singapura, sambil menambah bahawa sebarang sangkaan sebaliknya adalah satu tamparan kepada wartawan dan editor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >