Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Pemilihan EP Melayu September

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemilihan EP Melayu September

Feb 07, 2017 | 05:30 AM

PILIHAN raya pertama yang dikhaskan bagi Presiden Dipilih Melayu akan diadakan pada September tahun ini, dengan permohonannya dibuka pada 1 Jun ini.

Oleh itu, pemerintah akan mengeluarkan writ bagi pilihan raya itu pada Ogos ini, sebelum penggal Presiden Tony Tan Keng Yam berakhir pada 31 Ogos.

Ini dilakukan agar hari mengundi akan jatuh pada September jika ada pertandingan, dan bukan Ogos seperti pilihan raya lalu, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Chan Chun Sing.

"Memandangkan masa lebih lama yang diperlukan bagi proses baru ini dan untuk mengelakkan kempen Pilihan Raya Presiden diadakan semasa tempoh sambutan Hari Kebangsaan, kami akan mengubah masa pilihan raya untuk masa depan," ujar Encik Chan di Parlimen semalam.

Perubahan itu akan menyelaraskan waktu agar kempen Pilihan Raya Presiden pada masa depan akan dijalankan di luar tempoh sambutan Hari Kebangsaan itu, tambahnya.

Pemerintah juga telah mendapatkan nasihat Peguam Negara bahawa seorang Pemangku Presiden boleh menjalankan peranan Presiden, jika seorang Presiden baru belum dipilih apabila penggal Dr Tony Tan berakhir pada 31 Ogos.

Menurut Perlembagaan, jawatan Pemangku Presiden itu boleh disandang Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, atau jika beliau tidak ada, Speaker Parlimen boleh menjadi Pemangku Presiden.

Namun, tempoh Pemangku Presiden mengambil alih peranan Presiden hingga tarikh Presiden baru memulakan tugas tidak boleh melebihi satu bulan.

Encik Chan turut menjelaskan bahawa Pemerintah tidak boleh melanjutkan penggal Presiden sekarang lebih daripada enam tahun, kecuali ia meminda Perlembagaan.

Dalam ucapannya lagi, beliau mengumumkan bahawa langkah baru akan diambil bagi mengelakkan kempen yang memecah belah, dan supaya memelihara peranan Presiden sebagai simbol bersatu padu.

Oleh itu, pemerintah tidak lagi akan memperuntuk tapak bagi rapat Pilihan Raya Presiden.

Calon masih boleh mengadakan rapat tetapi mereka harus mencari tempat serta memohon permit daripada polis.

Pada masa sama, mereka akan diberi lebih masa tayangan televisyen, dan seperti pilihan raya lalu, boleh menggunakan media sosial atau sesi privet bagi mendekati kumpulan pengundi khusus.

Encik Chan berkata cara berkempen untuk Pilihan Raya Presiden dan pilihan raya umum harus berbeza.

"Kaedah berkempen pilihan raya tidak harus mengapi-apikan emosi dan harus memelihara kesopanan serta kewibawaan jawatan Presiden, memandangkan peranan Presiden berkenaan penyepaduan dan penjagaan," ujar Encik Chan.

Beliau mengumumkan demikian semasa perbahasan mengenai rang undang-undang Akta Pilihan Raya Presiden (Pindaan) berhubung cara Pilihan Raya Presiden dijalankan.

Perubahan lain yang diumum sebelum ini termasuk memberi lebih masa bagi calon mengemukakan permohonan mereka, menubuhkan Jawatankuasa Masyarakat untuk meneliti kelayakan kaum, serta mengadakan kiraan semula secara automatik jika perbezaan undi sah diterima adalah 2 peratus.

Langkah itu menyusuli perubahan perlembagaan kepada sistem Presiden Dipilih, yang diluluskan Parlimen pada November lalu.

Antara lain, satu Pilihan Raya Presiden akan diperuntuk kepada sesuatu kaum jika tiada Presiden daripada kaum itu bagi lima penggal Presiden sebelumnya.

Seramai lapan Anggota Parlimen (AP) menyertai perbahasan semalam, termasuk AP pembangkang daripada Parti Pekerja (WP), yang meluahkan tentangan mereka terhadap perubahan baru itu, dan mengulangi pendirian mereka mahu kembali kepada sistem Presiden Dilantik.

Semasa berucap dalam bahasa Melayu, Encik Chan berkata sistem baru ini mengimbangkan dengan teliti faktor meritokrasi dan dasar berbilang kaum.

Katanya lagi, Singapura perlu berani terus menyesuaikan institusinya mengikut keperluan yang berubah.

"Inilah semangat warga perintis kita, dan semangat sama harus terus dicontohi generasi masa depan," ujarnya.


SEKILAS

* Pilihan Raya Presiden 2017 diadakan pada September, bukan Ogos seperti sebelum ini, untuk elak musim sibuk Hari Kebangsaan.

* Perubahan kepada cara berkempen - tidak harus api-apikan emosi dan timbulkan perpecahan, pelihara kewibawaan sesuai dengan peranan jawatan Presiden sebagai simbol perpaduan.

* Pemerintah tidak lagi akan peruntuk tapak bagi rapat pilihan raya. Calon yang ingin adakan rapat perlu cari tempat dan dapatkan permit. Lebih banyak masa tayangan televisyen diberikan.

* Perubahan lain termasuk meningkatkan kecekapan pilihan raya, lebih masa bagi calon kemuka permohonan, tubuhkan Jawatankuasa

Masyarakat teliti kelayakan kaum, kiraan semula automatik dan sebagainya.

Laporan lain: Proses penilaian kriteria kaum, peraturan Pilihan Raya Presiden diperbahas

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3