Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik buat penyesuaian, ghairah pasarkan produk di Shopee, Carousell

Jan 10, 2022 | 05:30 AM



BERBEKALKAN bantuan golongan belia yang celik digital, pemilik kedai Peti Sejuk, Cik Aisha Mohamed Sanif ingin melihat perniagaannya - yang menjual barang makanan beku halal - berkembang maju di wadah e-dagang seperti Shopee dan Carousell.



Setakat ini, beliau hanya memiliki sebuah kedai fizikal di Pusat Beli-Belah Boon Lay dan mengendalikan khidmat penghantaran kepada pelanggan melalui laman Facebook beliau.



Namun, perniagaan keluarga Cik Aisha, 53 tahun, akan dapat diperluaskan lagi dengan sokongan inisiatif iShop@Heartlands, di mana para belia dilatih dan diberikan gaji program kerja sambil belajar untuk menjalankan tugas e-dagang bagi pihak pemilik kedai.



Antara tugas itu termasuk membangunkan akaun e-dagang, pemasaran, mengurus pesanan, inventori dan kewangan, menyelaras penghantaran dan mendapat data untuk menjejaki prestasi perniagaan.



"Saya berminat untuk menyertai projek ini kerana saya mahu menimba pengetahuan baru daripada anak muda, meneroka cara lain mengendalikan dan memperluaskan perniagaan," kata Cik Aisha.



Buat masa ini, ibu kepada empat cahaya mata itu memasarkan perniagaannya menggunakan poster di kedai dan melalui Facebook.



Cik Aisha, yang membuka kedainya pada Julai 2020 di tengah pandemik Covid-19, juga mengakui keperluan pelanggan kini sudah berubah.



"Semasa Covid-19, ramai warga tua takut untuk keluar untuk membeli-belah dan mereka lebih gemar berbelanja dalam talian. Ada juga pelanggan warga tua yang tidak dapat mengangkat barang berat atau pesakit angin ahmar yang tidak boleh berjalan. Jadi, kami harus membuat penyesuaian dan mengadakan khidmat penghantaran," tambahnya.



"Hasil penjualannya tidak begitu tinggi kerana kami merupakan perniagaan kecil. Sebab itu, saya terbuka hati untuk belajar daripada golongan belia ini."




"Saya berminat untuk menyertai projek ini kerana saya mahu menimba pengetahuan baru daripada anak muda, meneroka cara lain mengendalikan dan memperluaskan perniagaan."
- Pemilik kedai Peti Sejuk, Cik Aisha Mohamed Sanif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >