Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik F&B buat penyesuaian hadapi sekatan Covid-19

• 8,000 pekerja pejabat Lapangan Terbang akan jalani ujian Covid-19: CAAS • Firma seni dan sukan akan terima lebih banyak bantuan: MCCY
May 16, 2021 | 05:30 AM



PARA pemilik kedai makanan dan minuman (F&B) telah membuat persediaan untuk tidak menerima lagi pelanggan menjamu selera di premis mereka mulai hari ini dalam usaha bersama membendung penularan Covid-19.



Meskipun sekatan itu akan menjejas perniagaan, mereka akur sekatan itu perlu bagi mengurangkan kes jangkitan dan tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) dilalui tahun lalu membuat mereka lebih bersedia.



Mulai hari ini hingga 13 Jun, menjamu selera di luar tidak lagi dibenarkan dan tempat makan dan pusat penjaja hanya akan menawarkan khidmat penghantaran dan pembelian makanan bungkus dalam tempoh ini.



Hanya dua orang akan dibenar berkumpul secara sosial di luar berbanding lima dengan sekatan serupa turut dikenakan terhadap isi rumah, yang hanya dibenar menerima dua pengunjung berbeza dalam sehari.



Pengarah urusan Rumah Makan Minang, Encik Hazmi Zin, berkata pengumuman itu akan menjejas perniagaannya yang banyak bergantung kepada pelanggan yang makan di restoran.



"Sekarang ini, kami mungkin perlu meningkatkan lagi penjualan dalam talian makanan kami yang dibungkus secara vakum tanpa udara kerana makanan ini boleh disimpan lama.



"Kami masih akan tawarkan makanan yang kami sajikan setiap hari untuk pelanggan yang hendak mengirim makanan ke rumah mereka. Buat masa ini kami sedang bekerjasama dan memanfaatkan khidmat dari syarikat penghantaran makanan Oddle dan Hungryy," jelas Encik Hazmi.



Pemilik restoran Spize, Encik Haresh Sabnani, yang mempunyai cawangan di Temasek Club dan Bedok, telah membuka sebuah dapur pusat dan memperbaiki wadah tempahan makanan dalam talian agar pelanggan dapat membuat pesanan dengan mudah dalam talian setelah jamuan di premis tidak dibenarkan.



Mempelajari pengalaman sewaktu CB tahun lalu, Ketua Pegawai Operasi The Black Hole Group, Encik Sufi Hassan, yang memiliki beberapa kafe termasuk Afterwit dan The Mad Sailor, memastikan persediaan dibuat awal.



Seperti CB tahun lalu, pengarah dan pengasas gerai Just Lazzat yang terletak di Heartbeat@ Bedok, Encik Shafudin Kassim, berharap penjualan penghantaran ke rumah meningkat semasa tempoh sekatan itu.



Para peniaga yang terjejas akan diberi bantuan sokongan pemerintah termasuk Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang dipertingkat bagi firma F&B.



Kadar sokongan JSS ditingkatkan kepada 50 peratus daripada gaji bulanan kasar $4,600 pertama yang akan dibayar kepada pekerja tempatan dalam tempoh sekatan terbaru ini.



Selain itu, pelepasan sewa selama sebulan juga akan diberikan untuk pusat penjaja dan kedai kopi yang terletak di premis pemerintah.



Semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan terdapat 31 kes jangkitan Covid-19 baru termasuk 19 kes dalam masyarakat yang dikenal pasti.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata sekitar 8,000 pekerja pejabat di bangunan terminal Lapangan Terbang Changi akan diuji Covid-19 dalam beberapa hari mendatang sebagai sebahagian operasi ujian khas bagi mengekang penularan wabak itu.



Ini setelah ia menjadi kelompok Covid-19 aktif terbesar di sini, dengan 59 kes sehingga kelmarin.



Dengan sekatan Fasa Dua Covid-19, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata syarikat kesenian dan sukan akan menerima lebih banyak bantuan termasuk subsidi bagi kos ujian praacara (PET) bagi firma yang akan membuat persembahan secara 'live' dari hari ini hingga 13 Jun.



Sementara itu, Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) juga menyatakan pelawat luar tidak akan dibenarkan masuk ke premis prasekolah dan pusat campur tangan awal (EI) mulai hari ini.




LAPORAN LANJUT :



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >