Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:56
Isyak
8:05
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemilik F&B manfaat penghantar makan separuh masa jimat kos

Apr 18, 2020 | 05:30 AM

TIDAK dinafikan, wadah penghantaran makanan seperti Deliveroo, Foodpanda dan GrabFood berguna bagi peniaga yang dalam tempoh pemutus litar kini lebih banyak bergantung kepada penghantaran makanan berbanding pelanggan yang beli langsung dari kedai.

Namun, terdapat juga peniaga yang enggan menggunakan wadah tersebut, dan sebaliknya memilih untuk menghantar makanan yang dipesan itu sendiri, atau menggunakan khidmat firma logistik pihak ketiga seperti Lalamove.

Komisen tinggi yang dikenakan wadah penghantaran makanan adalah sebab utama mereka memilih mencari cara lain untuk menghantar makanan yang dipesan pelanggan.

Foodpanda contohnya mengenakan komisen 30 hingga 35 peratus.

Isu komisen tinggi mendapat perhatian beberapa hari kebelakangan dengan lebih 2,500 pelanggan dan pemilik restoran menandatangani petisyen di Change.org yang meminta wadah penghantaran makanan mengurangkan komisen yang dikenakan.

Perniagaan makanan dan minuman (F&B) di Singapura terjejas teruk oleh langkah jarak selamat bagi mengekang Covid-19 yang dari 7 April hingga 4 Mei hanya membenarkan restoran menawarkan makanan bungkus atau untuk dihantar ke rumah.

Pengasas Yummy Takoyaki, Cik Suryanie Ismail, berkata komisen 10 hingga 12 peratus adalah munasabah manakala 35 peratus adalah terlampau tinggi.

Disebabkan itu, sejak menawarkan pilihan penghantaran lima tahun lalu, beliau menggunakan khidmat penghantaran makanan halal, Tapao, dan kadang kala Lalamove.

Bayaran penghantaran $10 dikenakan yang sepenuhnya diserahkan kepada syarikat penghantaran.

"Yang bagusnya, komisen tidak dipotong daripada setiap penjualan kami. Tapi ia memenatkan kerana kami perlu melakukan lebih kerja mengumpul tempahan yang dibuat dalam talian, menyusun tempahan mengikut lokasi dan kemudian menyampaikan maklumat itu kepada pasukan penghantaran," kata Cik Suryanie, 38 tahun, yang memilik gerai di East Village.

Pemilik kafe Royz Et Vous, Cik Widyanty Mohd Yusope, juga berpendapat komisen yang dikenakan wadah penghantaran makanan terlalu tinggi "sehinggakan subsidi yang diberi pemerintah tidak cukup untuk menanggung kos yang mahal itu".

Justeru, bagi minggu pertama pemutus litar, beliau, yang memiliki kafe di Telok Ayer Street, menggunakan khidmat Lalamove, tetapi kini beliau mengupah penghantar makanan separuh masa dan dapat menjimat 30 peratus kos penghantaran.

Pemilik gerai Ashes Burnnit di Pusat Makanan Golden Mile, Encik Syafiq Lee, pula menggunakan khidmat Foodpanda untuk penghantaran dalam lingkungan tiga kilometer, dan menghantar sendiri tempahan ke bahagian lain Singapura dengan kos penghantaran $3 hingga $10 bergantung kepada lokasi.

"Sebelum pemutus litar, kami bergantung kepada pelanggan yang datang ke kedai dan menggunakan Foodpanda hanya untuk menyokong jualan kedai.

"Tetapi setelah pemutus litar bermula, kami menggiatkan khidmat penghantaran ke seluruh negara. Saya dan dua kakitangan lain membantu menghantar makanan menaiki motosikal atau kereta," kata Encik Syafiq, 28 tahun.

Beliau menambah ada pelanggan yang tinggal dalam lingkungan tiga kilometer memilih untuk membuat tempahan langsung melalui panggilan atau mesej, dan bukan menerusi Foodpanda.

"Mereka tahu yang Foodpanda mengambil komisen daripada penjualan kami," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3